in

“Terlajak b*doh..” – Netizen Kesal Rakyat Indonesia Berebut Nak Selfie Dekat Kawasan Tsunami Untuk Kejar ‘Like’

Selfie Tsunami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sanggup memandu dari Jakarta ke wilayah Banten selama 3 jam semata-mata untuk ambil selfie dekat kawasan teruk dilanda tsunami. Itulah yang dilakukan Valentina Anastasia, 18, demi untuk upload gambar tu semua di media sosial, lapor Harian Metro.



Ketika ditemu bual wartawan, Fullerton dari portal antarabangsa sama ada gambar diambil sudah cukup atau tidak, Valentina menjawab,

“Saya ingin melihat lokasi bencana, kerosakannya dan mangsa yang terjejas. Banyak, untuk media sosial dan Whatsapp.”

Selain selfie dengan latar belakang kawasan bencana tu, Valentina juga ada ambil selfie berlatar belakangkan pasukan penyelamat yang tengah berusaha keluarkan kenderaan rosak akibat tsunami pada 22 Disember baru-baru ni.

Bukan hanya Valentina, tapi sebenarnya ramai lagi yang sanggup datang kawasan tu semata-mata untuk ambil gambar dan update di media sosial untuk mendapatkan ‘like’ yang banyak.

Namun, bagi Solihat, 40, kehadiran dia bukanlah hanya untuk mengambil gambar tetapi juga untuk melaksanakan tugas sukarelawan. Katanya, ia bertujuan untuk kongsikan kesedihan dengan orang ramai selain untuk tunjuk kerosakan yang dah berlaku akibat bencana tu.

Solihat dan rakan-rakan memandu dari Cilegon dengan membawa pakaian terpakai untuk didermakan kepada mangsa bencana di Banten. Jadi, mereka gunakan peluang tu untuk ambil selfie sebagai bukti kehadiran mereka di sana.

“Gambar ini saya muat naik di Facebook sebagai bukti kami datang ke sini dan menghulurkan bantuan. Bergantung kepada niat. Jika bergambar untuk menunjuk-nunjuk, jangan. Tetapi kalau untuk berkongsi kesedihan dengan orang lain, ia okay sahaja.”

Tapi, apa yang menjadi bualan orang ramai, gambar diambil oleh wartawan bernama Fullerton tu tak menunjukkan yang Solihat dan rakan-rakan dia seperti mahu berkongsi kesedihan.

Malah, tindakan mereka tu dianggap tidak sensitif dan membuatkan mangsa bencana kecewa. Menurut Mediacorp, salah seorang mangsa akui sedih dengan mereka yang datang semata-mata untuk ambil selfie di kawasan bencana.

Katanya, dia lihat sendiri seorang wanita yang pakai seragam tentera habiskan masa selama setengah jam untuk ke kawasan banjir demi untuk dapatkan selfie dengan sebuah kenderaan SUV yang dah rosak.

Kalau betul niat dorang sebab nak dapat ‘like’ semata-mata, memang tak patutlah. Jagalah hati dengan perasaan mangsa yang masih lagi terkesan dan trauma dengan kejadian. Apatah lagi yang masih bersedih sebab kehilangan orang tersayang.

Baca: Pemain Bass Maut, Isteri Vokalis Hilang, Ini Video Detik Band Seventeen Dibadai Tsunami Masa Buat Konsert

Seventeen4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.