in

TERKINI : Wajib Pakai Mask Muka Mulai 1 Ogos – Ismail Sabri

Ismailsabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemakaian pelitup muka akan mula diwajibkan jika berada di tempat-tempat awam tertentu sepeti dalam tren dan tempat sesak.


Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa peraturan ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2020.

 

“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia boleh menggunakan mask muka jenis lain seperti mask kain, tetapi ia mesti mematuhi spesifikasi tertentu mengikut garis panduan WHO yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Beliau juga berpesan bahawa pelitup muka pakai buang mestilah ditukar setiap 3 jam ataupun tukar setiap hari kalau tidak berkemampuan.

Bagi keluarga  yang berpendapatan rendah, adalah lebih menjimatkan jikalau membuat topeng kain mereka sendiri mengikut spesifikasi yang akan segera dikeluarkan.

Lapor Sinar Harian, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

 

Baca : “Pakai dengan betul atau tanggalkan terus” –  Dr Noor Hisham Tegur Cara Pengguna Topeng Muka Letak Di Dagu

Mask 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.