in

“Pakai dengan betul atau tanggalkan terus” – Dr Noor Hisham Tegur Cara Pengguna Topeng Muka Letak Di Dagu

Untitled Design 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memakai pelitup muka kini umpama memakai baju pada masa kini. Ia sangat penting dan wajib dipakai terutamanya ke tempat awam. Bukan untuk style ye.. tetapi untuk membasmi dan mencegah dari penyebaran wabak Covid-19.


Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan sepenuhnya.”

Itulah yang dipesan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu posting di Twitter, semalam.

1 6 2

Turut disertakan dalam Tweet Dr Noor Hisyam, satu infografik tentang kesan jika orang ramai hanya menanggalkan separuh dan diletakkan di bawah dagu.

Infografik tersebut menyarankan orang ramai agar menanggalkan pelitup muka dengan sepenuhnya. Ini kerana, meletakkan pelitup muka di dagu amat merbahaya kerana kawasan tersebut terdedah dengan bakteria.

Disarankan untuk terus tanggalkan pelitup muka itu dari meletakkannya di dagu apabila makan, minum atau membuat sebarang aktiviti yang memerlukan seseorang itu untuk menanggalkan pelitup muka.

Tapi bila dah habis, buat aktiviti, jangan lupa pakai balik okay…

Baca: Takut hilang telinga je nanti – Individu Di India Beli Topeng Emas Dengan Harga RM171,500!

1A 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.