Sebentar tadi Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa
Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan PT3 tahun 2020 dibatalkan.
Beliau berkata pembatalan UPSR tidak akan jejaskan penilaian penguasaan murid kerana penilaian akan dilakukan dengan kaedah yang lain.
Katanya memandangkan UPSR menjadi kriteria pelajar memasuki SBP, MRSM dan MTD, maka Kementerian Pendidikan Malaysia akan perkenalkan kaedah baharu bagi tujuan itu dengan tak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata.
Manakala SPM dan SVM ditunda kepada suku pertama tahun 2021, bagi STPM pula tarikh peperiksaan bagi semester 2 diubah kepada Ogos 2020, Semester 3 pada suku pertama 2021
Katanya KPM juga bersetuju untuk tangguhkan tarikh kemasukan baru IPT bagi program asasi, matrikulasi dan diploma hingga Julai atau Ogos 2021, manakala bagi peringkat Ijazah pada September atau Oktober 2021.
Baca : [TERKINI] Tiada Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP