in

TERKINI: Rekod Baru! 2,593 Kes Positif Baharu & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 2,593 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 125,438 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 2,593 kes positif baharu hari ini, 2,589 adalah kes tempatan dan 4 daripadanya adalah kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 24,347 kes.

Manakala seramai 141 pesakit berada dalam ICU dan 67 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 4 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 513 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,129 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 100,578 kes.

 

Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 1,741 Kes Positif Baharu & 7 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.