in

[TERKINI] Rakaman Kepulan Asap Besar Di Tengah KL Didakwa Bengkel Barangan Kenderaan Terpakai Terbakar?

Ft Terbakar

Sebentar tadi dilaporkan berlaku satu kebakaran besar di tengah ibu kota. Rata-rata netizen berkongsi rakaman dan foto kebakaran tersebut di laman sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan Segambut tersebut mengejutkan ramai pihak kerana asap besar hitam kelihatan menjulang ke langit malah asap tersebut dapat dilihat dengan jelas dari KL Eco City.

 

Bengkel terbakar?.

Dikhabarkan kebakaran itu melibatkan kedai bengkel barangan kenderaan terpakai. Berikutan dengan kejadian itu, ramai netizen kongsikan rakaman kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di kawasan Segambut, berdekatan Higway DUKE.

Namun begitu, masih belum ada maklumat sahih daripada pihak berkuasa.