[TERKINI] PH & BN Setuju Bentuk Kerajaan Bersama Di Pahang & Perak

Jadikan sumber pilihan di Google
[TERKINI] PH & BN Setuju Bentuk Kerajaan Bersama Di Pahang & Perak

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini telah mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan bersama di Pahang dan Perak.

Menurut FMT, perkara ini telah disahkan oleh sumber PH dan wakil BN akan menjadi menteri besar di Pahang, manakala wakil PH pula akan menjadi menteri besar di Perak.


Phbn 1668997266

Menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, PH telah mendapat 24 kerusi di Perak dan ia diikuti PN dengan 26 kerusi dan BN, 9.

Apabila PH dan BN bergabung, kedua parti ini akan membentuk majoriti dua pertiga di Perak iaitu 33 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai keseluruhan 59 kerusi.

Manakala di Pahang pula, BN mendapat 16 kerusi, PH dengan 8 kerusi dan PN pula 17 kerusi.

Perak Pahang Pru15.JpgSumber: Malaysia Dateline

Gabungan PH dan BN akan mendapat 24 kerusi dari 41 kerusi di DUN Pahang. Gabungan tersebut membentuk majoriti mudah namun tidak sampai dua pertiga.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan di Perlis dengan 14 dari 15 kerusi, yang mana PH memenangi 1 kerusi sahaja. BN pula gagal mendapat sebarang kerusi di Perlis.

Apa-apapun kita doakan semoga urusan pembentukan kerajaan bagi semua negeri berlaku dalam keadaan aman, tanpa sebarang pergolakan. 

Baca: Ini Nama-nama ‘Gergasi’ Yang Kalah Dalam PRU15 Semalam

F4 Klh

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[TERKINI] PH & BN Setuju Bentuk Kerajaan Bersama Di Pahang & Perak
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/terkini-ph-bn-setuju-bentuk-kerajaan-bersama-di-pahang-perak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen