in

[TERKINI] MUDA Setuju Sertai Pakatan Harapan Untuk PRU-15

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sidang media yang dijalankan sebentar tadi, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu komponen dalam gabungan ini.

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, partinya terbuka untuk membuat perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara ini, lapor Sinar Harian.


Katanya, perbincangan secara tidak rasmi telah pun dibuat sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/381597320828875

Muda terbuka membincangkan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH tentang hala tuju negara untuk memastikan suara akyat diangkat dan bina Malaysia maju dan bermaruah serta meraikan kepelbagaian agama dan kaum.

“Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk PRU15) tapi bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok stabil dengan prinsip perjuangan yang sama.

“Saya tidak boleh ulas lanjut sehingga adanya rundingan rasmi.”

MUDA juga turut menawarkan calon-calon yang berwibawa, mengangkat kepimpinan wanita dan orang muda serta membawa idea yang progresif untuk rakyat Malaysia.

MUDA juga membuat keputusan bahawa di dalam situasi kedudukan MUDA menyertai PRU-15 adalah bersama sebuah gabungan, maka sasaran jumlah kerusi Parlimen untuk MUDA adalah tidak lebih dari 15 kerusi seluruh negara.”

 

Baca: “Semua naik kecuali gaji” – Syed Saddiq Bincang Dengan Muhyiddin Mengenai Ekonomi Rakyat & Kos Sara Hidup

Ss Muhyiddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.