Permintaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencabar keputusan jabatan penjara kerana tidak memberikan kebenaran untuk hadir ke Dewan Rakyat telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Menurut Hakim Ahmad Kamal Shahid, keputusan ini dibuat kerana tiada lagi sidang Parlimen untuk dihadiri selepas ianya dibubarkan, lapor FMT.
Tak ada lagi parlimen untuk dihadiri dan jelas dengan pembubaran Parlimen, pemohon bukan lagi Ahli Parlimen (Pekan).”
Pada 5 Oktober lalu, Najib telah pun memfailkan permohonan untuk membuat prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan kerana tidak membenarkan beliau untuk hadir ke Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 3 Oktober ke 29 November.
Bagaimanapun, semua persidangan Dewan Rakyat telah dikosongkan pada 10 Oktober selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran parlimen.
Najib mahu mahkamah mengetepikan keputusan Jabatan Penjara untuk tidak membenarkan beliau menghadiri Dewan Rakyat atas sebab-sebab keselamatan pada hujung bulan lalu .
Bekas perdana menteri ini juga turut berusaha untuk membatalkan keputusan Jabatan Penjara yang menolak akses kepada pegawainya bagi tujuan kerja parlimen, perundangan dan kawasan pilihan raya.
Baca: “Rindu buat kerja kebajikan” – Anak Najib ‘Update’ Keadaan Bapa Selepas Dua Bulan Dipenjarakan