Semalam genap dua bulan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd.
Menurut anaknya Nooryana, ramai yang bertanyakan keadaan bapanya di penjara. Selepas berpeluang melawat bapanya semalam, Yana telah memberikan update terbaru Najib.
https://www.instagram.com/p/Cj11uHRhtOg/?hl=en
Saya telah melawat DSN semalam, dan beliau amanahkan saya untuk menyampaikan mesej-mesej kepada semua:
Selamat menyambut perayaan Deepavali, kepada rakan-rakan kaum India.
Perubahan cuaca yang kerap, mohon rakan-rakan sekalian menjaga kesihatan.”
“Rindu membuat kerja-kerja kebajikan rakyat”
Selain itu, Yana turut megatakan bahawa bapanya ini telah pun membiasakan diri dengan rutin di penjara dan mendapat ketenteraman rohaniah dengan mengkaji, membaca, beribadah dan melihat gambar cucunya.
Namun begitu, Najib mengakui dia berasa kurang selesa dari segi mental kerana memikirkan soal rakyat, negara dan pilihan raya umum yang akan datang.
Saya bertanyakan daddy, apakah yang paling kurang selesa buat sekarang? Daddy menjawab, bukan fizikal, malah mental.
“Beliau rindu membuat kerja-kerja kebajikan rakyat, adakah kita semua ok dalam kehidupan harian? Kita bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun depan, adakah rakyat telah bersedia? Adakah BN telah bersedia untuk PRU?”
Pun begitu, anak Najib ini mengatakan bapanya itu sentiasa tenang dan semangatnya masih kuat. Wanita ini turut berterima kasih kepada semua yang terus mendoakan bapanya itu.
Baca: “Macam mana dapat airtime?” – Netizen Terkejut Lihat Najib Razak ‘Berkempen’ di TV, Rupanya…