in

TERKINI : Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Untuk Bernikah

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk mereka yang bakal ‘membina masjid’ di luar sana.


Kerajaan telah membenarkan rentas negeri bagi pasangan yang berbeza negeri untuk melangsungkan pernikahan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun majlis akad nikah yang bakal dilangsungkan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan, lapor Sinar.

Ramai yang memohon kebenaran rentas negeri antaranya untuk bernikah dengan pasangan di negeri yang lain.

“Jadi mesyuarat hari ini membuat keputusan untuk membenarkan mereka rentas negeri untuk akad nikah, namun perlu mengikut SOP penjarakan sosial dan tidak ada perhimpunan ramai,”

Perkara itu diumumkan beliau pada sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

Malah, mesyuarat turut memutuskan untuk membenarkan jurufoto melakukan penggambaran pra perkahwinan di tempat terbuka mengikut SOP yang ditetapkan.

 

Baca : Mulai 1 Jun, Rentas Negeri Untuk Urusan Kerja & Kecemasan Dibenarkan Semula

Baca 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.