in

TERKINI: Datuk Lee Chong Wei Sah Hidap Kanser Hidung!

Malaysian Shocked By Viral Rumor About Datuk Lee Chong Wei Having Stage 3 Nose Cancer World Of Buzz

Sah, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung!

Ia diumumkan oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dato’ Sri Norza Zakaria dalam satu kenyataan di laman web persatuan itu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pemenang pingat perak Sukan Olimpik berkenaan dikatakan menghidap kanser hidung tahap tiga, selepas dia dikatakan mengadu mengalami masalah pernafasan dan mendapatkan rawatan di luar negara.

 

BAM Sahkan Beliau Didiagnos Dengan Kanser Hidung Peringkat Awal

Dalam kenyatan dikeluarkan BAM itu, Norza Zakaria berkata:

“Menjawab laporan-laporan terkini mengenai Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan beliau telah didiagnos dengan kanser hidung peringkat awal.”

“Chong Wei kini berada di Taiwan untuk rawatan dan saya berbesar hati untuk memaklumkan beliau memberi tindakbalas baik terhadap rawatannya dan sedang berehat serta pulih bersama ahli keluarga dan kenalan rapat. Bagi pihak Chong Wei, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan keprihatinan anda. Sokongan anda adalah sumber kekuatannya.”

Kami juga menyeru setiap pihak menghormati privasi beliau dan keluarganya. BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan akan sentiasa memberikan sokongan untuk legenda negara.”

Semalam menurut laporan Utusan Online, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai memberitahu bahawa Chong Wei akan pulang ke tanah air dalam tempoh 2 minggu lagi.

Beliau yang tidak mendedahkan lokasi di mana Chong Wei berada bagaimanapun hanya berkata, proses rawatan pemain berusia 36 tahun itu berjalan baik selepas berkesempatan melawatnya baru-baru ini.

Chong Wei dijangka akan kembali beraksi November ini jika mendapat kelulusan pihak doktor yang merawatnya.

Masalah pernafasan yang dialami Chong Wei menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing serta Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan lalu.

Baca: 6 Momen Lee Chong Wei Harumkan Nama Negara Di Mata Dunia Paling Diingati Ramai 

Lee Chong Wei