in

TERKINI: 5 Lagi Menteri Angkat Sumpah

111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Persatuan Hindraf, P Waythamoorthy sudah pun selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.



Menurut Malaysiakini, Waythamoorthy telah dipertanggungjawabkan terhadap portfolio perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial di Istana Negara sekaligus dipilih memegang jawatan sebagai Menteri Perpaduan.

222
sumber: malaysiakini

Waythamoorthy sebelum itu telah mengangkat sumpah sebagai senator, bersama tujuh orang lain di Dewan Negara. 

Empat senator lain juga mengangkat sumpah jawatan sebagai timbalan menteri di istana hari ini. Mereka yang turut bersamanya adalah Liew Chin Tong (DAP), Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (AMANAH) dan dua pemimpin BERSATU Mohd Radzi Md Jidin serta Marzuki Yahya.

Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad
sumber: malaysiakini | raja kamarul bahrin raja ahmad

Jika pagi tadi beberapa jawatan ini masih belum diisi, kini Liew Chin Tong dari DAP telah pun dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertahanan yang baru. Raja Kamarul dari AMANAH pula dipilih untuk memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Liew Chin Tong
sumber: malaysiakini | liew chin tong

Mohd Radzi dari BERSATU pulak diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Marzuki sebagai Timbalan Menteri Luar Negara.

Marzukiyahya
sumber: malaysiakini | marzuki yahya

Semoga semuanya dapat menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

Baca: Pengerusi Hindraf Dilantik Senator

Aaaa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.