in

Pengerusi Hindraf Dilantik Senator

Page Senator

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara telah diadakan sebentar tadi di Dewan Negara, Parlimen Malaysia.


Menurut Utusan, berdasarkan surat jemputan yang diterima oleh media daripada Parlimen, Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy dijangka akan menjadi antara lapan individu yang akan mengangkat sumpah menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Disthglu8Aaqynf
sumber: twitter

Kini, semua persoalan dah terjawab dan beliau telah pun mengangkat sumpah bersama tiga nama yang lain manakala empat nama yang tersenarai dalam surat tersebut masih belum ada apa-apa berita.

Nama lain yang dah selesai angkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara ialah:

  • Pengerusi DAP Johor, Tuan Liew Chin Tong
  • Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
  • Dr Mohd Radzi Md Jidin

Mereka kini dikatakan ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri atau Timbalan Menteri, namun, kesemua enggan mengesahkan portfolio masing-masing.

Sementara itu, ini nama lain yang tersenarai di dalam surat jemputan tersebut dan sepatutnya mengangkat sumpah pada hari ini ialah:

  • Tuan Haji Marzuki Yahya
  • Datuk Haji Ismail Ibrahim
  • Dato’ Haji Husain Awang 
  • Puan Asma Husin 
Dewan Mesyuarat Parlimen Kosong Parlimendotgovdotmy
gambar hiasan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruhan barisan kabinet menjadi 29 orang menteri dan pelantikan itu hanya boleh dibuat selepas mereka mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara.

Kl02 110518 C2709542 18518 224
sumber: the sun daily

Antara jawatan yang masih belum diisi pula ialah:

  • Timbalan Menteri Pertahanan
  • Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi
  • Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Timbalan Menteri Luar
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Surat jemputan yang diterima oleh pihak media daripada Parlimen boleh dilihat di sini.

Siapa agaknya yang akan mengisi kekosongan jawatan tu?

Baca: MP Pembangkang Tak Matang? Boikot Keluar Dewan

Kj Last Man Standing 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.