Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,268 kes baru telah dilaporkan hari ini (24 Mac 2021). Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 336,808 kes.
Status Terkini #COVID19, 24 Mac 2021
Kes sembuh= 1,083
Jumlah kes sembuh=320,925
Kes baharu positif=1,268 (1,263 tempatan, 5 import)
Jumlah positif=336,808
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=1,246
Kes dirawat di ICU=161
Bantuan Alat Pernafasan=73 pic.twitter.com/StSruVYJyS— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 24, 2021
Dari 1,268 kes ini, 1,263 adalah kes tempatan dan 5 kes import.
Selangor kekal negeri dengan catatan kes tertinggi sebanyak (490 kes), diikuti Sarawak (141 kes), dan Johor (135 kes).
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 14,637 kes.
Manakala 161 kes sedang dirawat di ICU dan 73 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan serta 2 kes kematian baharu dicatatkan.
1,083 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 320,925 kes.
Baca : [TERKINI] 1,116 Kes Baharu, 1,495 Kes Sembuh, 5 Kematian Dilaporkan Hari Ini