Terkejut Tengok Rumah Sewa Seperti Tempat Longgokan Sampah, Penyewa Enggan Keluar Siap Ugut ‘Call’ Polis

Tambah ke Sumber Pilihan
Terkejut Tengok Rumah Sewa Seperti Tempat Longgokan Sampah, Penyewa Enggan Keluar Siap Ugut ‘Call’ Polis

Mendapat penyewa yang bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri adalah satu rezeki.

Namun, nasib tidak menyebelahi buat pemilik rumah ini apabila rumah yang disewakan dalam keadaan lengkap dan bersih, tidak ubah seperti tapak pembuangan sampah.


Perkara itu dikongsikan oleh seorang pemilik rumah yang begitu terkejut ketika datang melihat rumah berkenaan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan seluruh ruang kediaman itu dipenuhi longgokan plastik, pakaian dan kotak sehingga menutupi hampir semua laluan.

Difahamkan, rumah yang disewakan itu pada awalnya bersih dan dilengkapi perabot demi keselesaan penyewa kini hampir semuanya rosak dan tidak terjaga.

Artikel berkaitan: “Mereka ‘hoarder’” – ‘Influencer TikTok’ Rosakkan Rumah Sewa, Pemilik Dedah Kerosakan RM 33K

Artikel berkaitan: Tuan Rumah Terkejut Tengok Penyewa Bela Ayam Dalam Rumah Flat

Screenshot 2025 10 27 165400Screenshot 2025 10 27 165558

Kata pemilik rumah, dia terdetik hati untuk membuat pemeriksaan ke rumah itu kerana bil utiliti melambung tinggi.

Lebih memburukkan keadaan, penyewa terbabit didakwa enggan mengosongkan rumah walaupun telah diminta berbuat demikian sejak minggu lalu.

“Dia cakap dia OKU la, tak ada tempat nak pergi la. Bila kami minta keluar, dia ugut nak call polis. Kami cabar dia call, ini rumah kami,” katanya.

Susulan itu, katanya, pihak polis telah memberi tempoh satu hingga dua minggu kepada penyewa terbabit untuk keluar dan jika gagal, laporan susulan akan dibuat untuk tindakan pengusiran.

Pemilik rumah turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa telah banyak bertolak ansur dengan penyewa itu, termasuk menerima bayaran sewa lewat, menanggung tunggakan bil elektrik dan air, serta hanya menerima deposit sebanyak RM1,500.

Perkongsian video itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab penyewa berkenaan.

Sumber: Kosmo!,TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Terkejut Tengok Rumah Sewa Seperti Tempat Longgokan Sampah, Penyewa Enggan Keluar Siap Ugut ‘Call’ Polis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/terkejut-tengok-rumah-sewa-seperti-tempat-longgokan-sampah-penyewa-enggan-keluar-siap-ugut-call-polis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM