Tuan Rumah Terkejut Tengok Penyewa Bela Ayam Dalam Rumah Flat

Tambah ke Sumber Pilihan
Bela Ayam

Seorang pemilik rumah di Shanghai, China terkejut apabila melihat rumah miliknya yang disewakan kepada seorang penyewa telah bertukar menjadi seperti reban ayam.

Memetik laporan South China Morning Post, tuan rumah itu mengatakan dia telah hampir dua tahun tidak datang ke rumah yang disewakannya itu.


Baru-baru ini, setelah lama tidak menjenguk keadaan rumah sewa itu, pemilik rumah berkenaan akhirnya berbuat demikian.

Namun, dia terkejut apabila melihat terdapat lebih kurang 12 ekor ayam dipelihara di dalam rumah flat miliknya itu.

Ini kerana penyewanya telah memelihara ayam-ayam itu dalam dalam rumah berkenaan dan rumah itu dipenuhi dengan beberapa buah reban serta anak ayam.

5Sumber: Sohu/South China Morning Post

Artikel berkaitan: Individu Terkejut Tuan Rumah ‘Offer’ Sewa Bulanan RM170, Hanya Letak Katil ‘Single’ Di Ruang Tamu

Artikel Berkaitan: Pemilik Terkejut Perabot Dalam Rumah Sewa Dijual Penyewa, Siap ‘Promote’ Dalam Group Barang Terpakai

Menurutnya, bahagian dalam rumah itu berbau busuk manakala lantai dan dinding rumah pula telah rosak.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi platform media sosial di China baru-baru ini dan ia telah menjadi tular dan mendapat perhatian daripada warganet negara itu.

6Sumber: Sohu/South China Morning Post

Menurut perkongsian pemilik rumah itu lagi, kos yang diperlukan untuknya membaiki rumah itu adalah lebih tinggi daripada jumlah sewa yang diperolehinya daripada penyewa tersebut selama hampir dua tahun.

Difahamkan, penyewa itu tinggal di dalam bilik di rumah tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi dan identiti penyewa itu tidak didedahkan.

Jiran-jiran berdekatan rumah itu juga mendakwa mereka sering terhidu bau busuk dari rumah itu dan apabila mereka mengadu kepada penyewa itu, penyewa itu hanya menutup setiap tingkap dan pintu rumah agar bau tersebut tidak keluar dari situ.

Sumber: South China Morning Post

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tuan Rumah Terkejut Tengok Penyewa Bela Ayam Dalam Rumah Flat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tuan-rumah-terkejut-tengok-penyewa-bela-ayam-dalam-rumah-flat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM