Bagi pasangan yang nak melangsungkan perkahwinan, mereka sebelum itu perlulah melalui proses mempertemukan keluarga kedua belah pihak yang dikenali sebagai meminang. Selalunya, keluarga pihak lelaki akan bertandang ke rumah pihak wanita untuk lebih mengenali dan berbincang untuk ke fasa seterusnya.
Kalau siapa pernah rasai suasana meminang ni, mesti tahu akan ada wakil dari pihak lelaki yang akan sampaikan tujuan dan hasrat kedatangan mereka. Tapi cuba bayangkan, masa meminang tu lah tiba-tiba pihak wanita kata mereka tak setuju? Dah pisang kat situ.
Pihak perempuan reject on the spot?
Lebih kurang macam kisah yang terjadi dekat Indonesia ini, apabila ahli keluarga pengantin lelaki ini hampir ditolak lamaran sewaktu di rumah perempuan itu sendiri.
Menerusi posting yang dikongsikan oleh @rohma0317, menunjukkan suasana ketika ahli keluarga lelaki bertandang ke rumah ahli keluarga perempuan untuk menyampaikan hasrat mereka. Dalam video berkenaan, terlihat ramai yang hadir dan wakil keluarga perempuan memberi kata aluan.
Namun lepas beberapa ketika, dengan muka ‘selamba’ lelaki yang menjadi wakil pihak perempuan itu mengatakan bahawa dia terpaksa menolak lamaran daripada keluarga pihak lelaki.
“Sebagai wakil dari keluarga besar Encik Jumadi dan mengikut apa yang disampaikan tadi, iaitu untuk meminang atau melamar, saya belum boleh menerima,” kata lelaki tersebut.
“Berhak menentukan adalah tuan rumah”
Mendengarkan hal tersebut, nyata membuatkan tetamu yang hadir menjadi terkejut dan terus menoleh padanya. Tapi nasib baik lelaki tersebut menyambung kata-katanya, dan terus membuatkan mereka lega.
“Sebab yang berhak untuk menentukan adalah beliau, iaitu tuan rumah,” tambah lelaki itu dengan nada bergurau.
Salah seorang tetamu terus mengatakan bahawa dia terkejut dengan ucapan wakil pihak perempuan, lalu menyebabkan semua berada di situ ketawa.
@rohma0317 Kenapa ini part lucu banget si 😂😂😂
“Berani betul nak buat prank“
Menjengah ke ruangan komen, nyata aksi lelaki tersebut membuatkan rata-rata netizen yang melihat jadi terhibur. Ada menyifatkan bahawa lelaki tersebut berani, untuk buat lawak dalam situasi tersebut.
Disebabkan video ni dah viral sejak beberapa hari lalu, ianya telah ditonton lebih dari 6.5 juta views di TikTok.
Nasib tak bertumbuk ke apa dekat situ. Korang pernah tak tengok situasi macam ni?