in

“Mula2 gentleman” – [VIDEO] Pengantin Buat ‘Kejutan’, Lafaz Talak Pada Isteri Lepas Selesai Akad Nikah

Fi Lafaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semestinya bagi  sesebuah pasangan pengantin itu, akan mengingati hari mereka diijab kabulkan. Mana tidaknya, kerana hari tersebut adalah lebih bersejarah untuk mereka dan bergelar sebagai pasangan suami isteri.


Macam kisah kali ini lain pula, apabila tindakan seorang lelaki ini ketika di majlis akad nikahnya boleh mengundang kemarahan ramai.

 

Lafaz talak lepas selesai akad nikah

Baru-baru ini viral di media sosial apabila tindakan seorang lelaki ini menyebabkan dia dan pihak keluarga ‘isterinya’ bergaduh besar.

Pada mulanya lelaki tersebut tak menunjukkan sebarang tindak-tanduk mencurigakan, malah dia bersikap gentleman menolong isterinya untuk duduk dan membetulkan kain dipakai wanita itu.

Talak 1

Sesudah saja mereka berdua duduk, jurunikah terus memulakan bacaan untuk meneruskan majlis. Di dalam video yang tular, tak diperlihatkan lelaki tersebut menyebut lafaz akad sepatutnya namun dia dilihat perlu menandatangani sebuah surat menurut suarajogja.id.

Walau bagaimanapun dengan tiba-tiba, lelaki tersebut terus mengambil mikrofon dan terus berdiri. Lalu dia terus melafazkan talak kepada isterinya di hadapan keluarga wanita tersebut dan tetamu yang lain.

Oleh kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu, didakwa bapa kepada wanita tersebut terus bangun dan cuba untuk menyerang lelaki berkenaan. Kemudian dia turut diserang oleh ahli keluarga perempuan yang lain, manakala wanita tersebut hanya mampu menangis dan ditenangkan oleh orang ramai.

Kalau nak tengok video, klik di sini.

Talak 2

Namun, punca kejadian yang berlaku di Kota Bima, Indonesia itu masih tak dapat dipastikan. Sehingga kini video dimuat naik di Instagram pakde.brengos itu meraih hampir 30k views.

Kenapa lah dia boleh fikir nak buat macam tu?

 

Baca : “Lelaki tak boleh main-main dengan talak!” – Diugut Girlfriend Nak Sebar Mesej Lucah, Suami ‘Terpaksa’ Lafaz Talak 3 Pada Isteri

Foot Talak

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.