Dikutuk Wartawan Buat ‘Proposal’ Dekat Kedai ‘Fast Food’, Pasangan Ini Dapat Tajaan Buat Wedding Mewah

Tambah ke Sumber Pilihan
Dikutuk Wartawan Buat ‘Proposal’ Dekat Kedai ‘Fast Food’, Pasangan Ini Dapat Tajaan Buat Wedding Mewah

Ada golongan yang anggap makan di kedai kaki lima sudah memadai untuk mereka berdating dan ada juga yang anggap makan di kedai makanan segera terkenal itu sudah cukup mewah.

Seperti pasangan dari Afrika Selatan ini, sebuah video memperlihatkan mereka berdating dekat kedai makan segera terkenal itu, dalam keadaan romantik, lelaki tersebut melutut sambil menghulurkan cincin untuk melamar teman wanitanya untuk berkahwin.


Artikel berkaitan : Suami Kantoi Curang ‘Dating’ Perempuan Lain, Beri Alasan Konon ‘Join’ Tabligh

Artikel berkaitan : Beli Ribena &Berpeluang Untuk ‘Dating’ Dengan Hun Haqeem? Ini Caranya….

Lelaki tersebut menyarungkan cincin ke jari teman wanitanya yang dalam keadaan segan silu dan terharu sementara pelanggan lain di restoran tersebut bersorak untuk mereka.

Memandangkan video tersebut tular, ada seorang wanita yang dipercayai wartawan memuat naik posting mengundang kecaman orang ramai. Wartawan tersebut memperlekehkan lelaki itu kerana tiada kelas dan mempersendakan pasangan itu kerana membuat lamaran di kedai makanan segera.

Gy4Qhriwwaamu7P

Disebabkan itu, banyak syarikat tampil ingin menghulurkan tajaan buat perkahwinan mereka antaranya, honeymoon, pengangkutan untuk ke destinasi bulan madu, cincin kahwin, makanan dan minuman untuk majlis perkahwinan, barang kelengkapan rumah dan macam-macam lagi.

Menurut sumber, sebenarnya pasangan tersebut memang sudah pun berkahwin pada tahun 2012. Namun situasi dalam video tersebut adalah saat lelaki yang dikenali sebagai Hector Mkansi mahu memberikan kejutan buat isterinya, Nonhlanhla Soldaat dekat kedai makan kegemaran isterinya itu.

Kfc Proposal South Africa 96

Jadi, tanpa diduga, video mereka jadi tular dan pasangan suami isteri yang sudah dikurniakan 3 anak ini dapat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka dan majlis tersebut telah diraikan dengan begitu meriah.

Sumber : Bored Panda, X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dikutuk Wartawan Buat ‘Proposal’ Dekat Kedai ‘Fast Food’, Pasangan Ini Dapat Tajaan Buat Wedding Mewah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dikutuk-wartawan-buat-proposal-dekat-kedai-fast-food-pasangan-ini-dapat-tajaan-buat-wedding-mewah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM