Kita semua mesti pernah mengalami momen bila kita terasa ngantuk yang teramat. Tak kiralah waktu dalam kelas ke, tengah driving ke, atau yang paling kerap, time khutbah jumaat. Kalau dah mengantuk tu memang tak boleh nak lawan sangat, baik pejam mata sekejap. Tapi jangan sampai kantoi pulak.
Kisah kantoi tak mengantuk ni dikongsi oleh pemilik akaun Twitter @geehah di mana seorang adik ni tersengguk-sengguk waktu mengaji. Korang kena tengok sampai habis, sebab last-last tu yang klimaks kepada peristiwa ni.
WATCH TILL END HAHAHHAHAHAHAHA ISTG I CAN’T BRAIN LAAA HAHAAHHAHHAA OMG ??? pic.twitter.com/HCrYC8mNhC
— naà (@geehahh) May 3, 2019
Sampai terkangkang haa..
Haa korang jangan nak gelak sangat. Mungkin kita pun pernah jadi macam ni tanpa kita sedar. Nasib baik takde orang rakam je. Kalau tak confirm viral. Apa lah yang membuatkan adik ni penat sampai teruk sangat mengantuk tu. Mungkin main beyblade semalam banyak sangat kot, tu sebab penat.
Weh, kami pun fikir macam tu gak. Ingatkan nak jatuh tersembam timpa rehal tu. Tapi terbalik ke belakang sampai terkangkang. Mesti mimpi jatuh bangunan ni.
Confirm lah, sebab mimpi jatuh bangunan kan. Tapi mungkin dalam beberapa minit je kot. Lepas tu mengantuk balik macam sebelum tu.
Cubaan untuk melawan mengantuk tu gagal. Kesanya, sampai rehal pun terpelanting.
Betul, boleh relate. Memang kalau penat time prep malam ke, baca Yassin ke, dalam kelas pun lah. Kalau mengantuk tu memang tidur je. Kena marah tu normal lah.
Takpe lah dik. Rehat lah dulu. Kalau mengantuk tu bawak tidur dulu. Mintak kebenaran dekat ustazah. Kalau dia faham mesti dapat tidur punya lah. Tapi adik pun kena belajar skill tidur tak kantoi. Boleh tanya abang-abang dekat masjid lepas solat jumaat tu, tu semua geng tidur tak kantoi tu. Pegi lah berguru, lepas ni confirm tak kantoi dah.
Baca: [VIDEO] Kantoi ‘Fly’ Dari Sekolah Asrama, Aksi Pelajar Buat Netizen Pecah Perut