in

“Terjunan yang menarik!”- [Video] Netizen Terhibur, Aksi Biawak Terjun Kolam Dengan VO Pengulas Sukan

Ft Biawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah diisytiharkan berakhir pada 8 Ogos yang lepas oleh Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach. Beliau mengatakan bahawa Olimpik kali ini  merupakan ‘perjalanan Olimpik yang paling mencabar’ setelah ditangguhkan disebabkan pandemik dan ancaman pembatalan selama setahun.


Walaupun temasya ini telah melabuhkan tirai minggu lepas, namun semangat sukan tersebut masih membara di hati rakyat Malaysia. Jelas, masih banyak lagi video tentang temasya Olimpik Tokyo yang lepas. Min pun tak puas lagi tengok semua sukan dekat Olimpik.

Yang paling menarik perhatian netizen baru-baru ini, dalam perkongsian @rdznhsn, dia telah memuat naik satu video di mana seekor biawak terjatuh ke dalam kolam. Ala macam biasa je…

“Patutlah ramai yang terhibur”

@rdznhsn

pandelela rinong membuat terjunam pada temasya olympic 2020 Japan#pandelelarinong#olympics2020#divingolympics

♬ original sound – Melur – Melur

Yang menarik tentang video ini bukan pasal cara biawak tu jatuh tapi voiceover yang digunakan oleh Ridzuan kena dengan tempoh biawak tu jatuh. VO yang digunakannya merupakan suara pengulas sukan Astro Arena semasa terjunan terakhir Pandalela dalam acara 10m platform wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam video, biawak yang berada pada dahan pokok itu bukanlah sengaja jatuhkan dirinya tetapi dia kelihatan ingin melarikan diri tapi malangnya biawak itu terjatuh ke dalam kolam tersebut.

“Biawak pun dah viral”

Video yang di muat naik semalam mendapat lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok sehingga kini. Ramai netizen menyifatkan video tersebut adalah satu bahan tawa dan tidak ada kena mengena dengan atlet Malaysia, Pandalela Rinong. Santai, jangan marah-marah okay.

Antara komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Biawak

Walaupun Pandalela tidak memenangi sebarang pingat pada temasya Olimpik kalini, tapi rakyat Malaysia masih berbangga dan mengucapkan tahniah kepadanya atas bakti dan usahanya. Thank you, you’re our hero!

Harap orang ramai tak kecam video ni sebab min nak tengok biawak tu jatuh banyak kali…

Baca: “Mentang-mentang-dah-dua-dos”-[Video] Netizen Terhibur Kambing Lepasi Sekatan Jalan Raya Siap Bawa Satu Family

Kambing 1 E1628751035956

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.