in

“Mentang-mentang dah dua dos”- [Video] Netizen Terhibur, Kambing Lepasi Sekatan Jalan Raya Siap Bawa Satu ‘Family’

Ft Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kerajaan telah mengumumkan kelonggaran pergerakan bagi individu yang sudah mendapat dua dos vaksin. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Kelonggaran pergerakan itu bermula hari ini dan ia merupakan khabar gembira bagi rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 mereka.Syukur, rindunya Tol Bangi.

Apa yang lagi menarik perhatian netizen, bukan rakyat Malaysia saja yang happy, kambing pun sama-sama raikan berita gembira ni. Nak juga…

“Satu keluarga kau bawa ye”

Semalam, satu video telah viral di mana sekumpulan kambing dengan selamba melepasi sekatan jalan raya sambil diperhatikan beberapa abang frontliner yang bertugas di situ.

@aizataiman69

♬ Semut Berkawad – Didi & Friends

 

Dalam perkongsian @AiJatAiman di akaun Tiktoknya, dia telah memuat naik video tersebut semalam semasa sedang bertugas. Aijat merupakan salah seorang frontliner yang ditugaskan di Taman Nilam, Langkawi telah merakam detik-detik tersebut.

Video tersebut menjadi bualan netizen dan ada yang menyifatkan video tersebut adalah sesuatu yang kelakar. Ada juga yang jealous dengan kambing tersebut sebab tak kena tahan roadblock. Mana adil kambing tak kena tahan.

Min tertarik untuk berkongsi beberapa komen daripada netizen:

Kambing Rentas1Kambing Rentas 2

Walaupun kelongggaran pergerakan telah dilaksanakan, rakyat Malaysia masih perlu ikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan Covid19. Jangan ada yang ambil kesempatan pergi bercuti pula. Bercuti dalam negeri takpa.

Min berharap kes covid di Malaysia akan beransur pulih. Kita jaga kita.

Baca: bergembiralah disyurga bidadari ku siti sarah video solat jenazah ghaib untuk siti sarah di masjidil haram

Solat Ghaib Siti Sarah E1628651021934

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.