in

“Terima kasih Asri Janggut”-LENGANG! Kedai Acheh & Gerai Haram Tepi Jalan Milik Peniaga Asing Habis Dirobohkan

Ab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hujung minggu lalu, tular sebuah video pendedahan yang dikongsikan oleh seorang penjual burger di Sungi Buloh yang mendakwa wujudnya aktiviti perjudian haram dan tapak peniagaan warga asing yang tidak sah di kawasan itu.


Asri

Susulan kejadian tersebut, dilihat kawasan sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh kelihatan lengang.

“Khemah-khemah peniaga di tepi jalan tidak lagi kelihatan malah ada beberapa gerai yang dipercayai milik warga Acheh sudah pun dirobohkan bagi mengelak daripada disita dan dirampas oleh pihak berkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)”

A 10

Peniaga di kawasan berhampiran juga memberitahu semua peniaga yang berniaga di tepi jalan dan di kotak parkir tidak lagi berniaga sejak video pendedahan tersebut tular.

Berikutan dakwaan wujudnya aktiviti perjudian haram, pihak polis telah melakukan serbuan di premis-premis aktiviti perjudian ‘mesin kuda’ di kawasan tersebut. Malah dilaporkan sebelum ini serbuan telah dilakukan tetapi kedai judi tersebut kembali beroperasi selepas beberapa bulan, lapor Astro Awani.

 

Baca: Viral Video Judi di Sg Buloh, PDRM Buat Laporan Polis Pada Peniaga Burger, Bimbang Timbul Fitnah Rosak Imej PDRM

Polis Vs Asri 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.