in

Viral Video Judi di Sg Buloh, PDRM Buat Laporan Polis Pada Peniaga Burger, Bimbang Timbul Fitnah & Rosak Imej PDRM

Polis Vs Asri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, viral di media sosial menerusi akaun Facebook individu bernama Asri Janggut yang membuat pendedahan berani mati berkenaan wujudnya beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh. 


Asri yang membuat 3 siaran langsung menerusi akaun perniagaan Hot Burger Malaysia di Facebook itu juga mendakwa selain isu judi, terdapat juga gerai peniaga Indonesia berketurunan Aceh yang menjual rokok seludup di kawasan tersebut. 

Bismillah…saya mungkin akan dibunuh selepas pendedahan ini… saya harap sgt video ini sampai ke ketua polis negara..

Posted by Asri Janggut on Sabtu, 8 Ogos 2020

 

Susulan daripada pendedahan tersebut, PDRM telah membuat laporan polis dan mendakwa video tersebut berunsurkan fitnah dan mampu mencalarkan imej polis.

 

“Apa yang ditularkan adalah fitnah dan menjatuhkan reputasi PDRM” 

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan telah dibuat oleh seorang pegawai polis selepas video Asri Janggut itu tular di Facebook.

789542

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Tambah Shafa’aton lagi, susulan daripada maklumat berkenaan sepasukan polis daerah Sungai Buloh juga telah membuat 6 serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan Asri.

789543
Polis membuat serbuan di salah satu premis judi

Walau bagaimanapun, polis hanya menahan 2 lelaki warga Bangladesh selain merampas 4 tablet dan wang tunai bernilai RM144.

“Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohmahan,” katanya.

Pihak polis juga katanya pernah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram tersebut.

 

“Hak polis untuk nafi tapi…” 

Dalam pada itu, Asri Janggut menerusi laporan Harian Metro lain memberitahu bahawa dia dan juga masyarakat Sungai Buloh sudah lama tahu akan kewujudan premis judi tersebut.

“Saya adalah penduduk asal di situ dan masyarakat sekitar juga tahu mengenai kewujudan premis judi itu. Namun, itu adalah hak polis untuk menafikannya,” katanya.

Asri

Asri Janggut atau nama sebenarnya, Mohd Asri Hamid, 42 berkata dia pada masa yang sama akan memberikan kerjasama kepada polis dengan bantuan PPIM yang menyediakan khidmat guaman kepadanya untuk kes ini.

Malah SPRM juga telah menghubunginya semalam untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara ini.

Baca: “Dah laporkan tapi polis buat tak tahu” – [VIDEO] Bengang Suami Lepak Berjudi, Geng Isteri Serang & Hancurkan Mesin Judi

Judi

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.