Kes 2 Beradik J*tuh Dari Tingkat 12, Ibu Berdepan Denda & Penjara 20 Tahun

Jadikan sumber pilihan di Google
Kes 2 Beradik J*tuh Dari Tingkat 12, Ibu Berdepan Denda & Penjara 20 Tahun

Seorang wanita warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mengabaikan dua anaknya sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, Johor Bahru awal bulan ini.

Terdahulu, suspek berusia 37 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak warga tempatan itu ditahan pihak polis pada 7 Jun lalu bagi membantu siasatan.


Menurut Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

“Suspek dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel berkaitan: “Sampai kini saya masih trauma” – Saksi Dakwa Terkejut Lihat 2 Kanak-kanak J*tuh Pangsapuri Semalam

Artikel berkaitan: Kakak Tergamam Dapat Tahu Adik Jatuh Bangunan

Screenshot 2026 06 16 125153

Mengulas lanjut, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Mahkamah kemudian membenarkan suspek diikat jamin sebanyak RM8,000, namun wanita itu gagal membayar wang jaminan berkenaan.

Ekoran itu, suspek ditahan dipenjara sehingga tarikh sebutan semula kes pada 22 Julai depan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang berhubung kes berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kes 2 Beradik J*tuh Dari Tingkat 12, Ibu Berdepan Denda & Penjara 20 Tahun
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kes-2-beradik-jtuh-dari-tingkat-12-ibu-berdepan-denda-penjara-20-tahun/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen