Satu video memperlihatkan tindakan seorang elaki yang dipercayai warga asing melakukan satu perbuatan tidak senonoh di kawasan pengangkutan awam tular dan mecetuskan pelbagai reaksi netizen.
Dalam video yang dipercayai berlaku di MRT Titiwangsa, seorang lelaki dilihat sedang menuruni tangga eskalator, sebelum pemilik video mendapati ada perkara aneh yang sedang berlaku apabila lelaki itu didakwa sedang membuang air kecil.
Artikel berkaitan: “Kenapa dengan dia?” – Lelaki Berkelakuan Aneh Dalam MRT Buat Ramai Risau
Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Ditahan Terlibat Kes Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang
Ia sekaligus mengundang rasa marah dan geli apabila video itu tular dan ramai netizen melihatnya. Ada netizen mendakwa persoalan mereka jika terdapat bau hancing di kawasan pengangkutan itu seolah-olah terjawab selepas melihat video ini.
Biarpun tiada waktu spesifik bila kejadian ini berlaku, pemilik video menerusi Threads menjelaskan bahawa dia menyedari kejadian ini berlaku semasa dia dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.
Terpanggil dengan kes itu, pihak Rapid KL menerusi Facebook miliknya sedia maklum dengan kes tersebut. Dalam kenyataannya hari ini, Rapid KL memohon orang ramai agar segera melaporkan kes ini kepada polis bantuan atau hubungi talian bantuan mereka.
“Jika ternampak aktiviti yang salah dan mencurigakan (kencing di tempat tak sepatutnya, makan dan minum dalam tren, berkelakuan sumbang), laporkan segera kepada petugas stesen, Polis Bantuan atau hubungi talian bantuan kami.”
