in

TERBONGKAR! Remaja Hilang Selama Setahun Ditemui Ada Dalam 58 Video Di Laman P*rno Terkenal, Rupa-rupanya…

Collage 7

Beberapa bulan lepas, sebuah laman porno terkenal telah mengeluarkan statistik yang agak memeranjatkan. Mana taknya, sepanjang PKP dijalankan, Malaysia berada di tangga ke-4 sebagai negara yang paling banyak melayari laman web tersebut.

Secara tak langsung, ia menjadikan Malaysia berada di kedudukan pertama dalam Asia yang mencari video-video lucah dari laman web ini!

Etxuzjyxkaao7Gi

Benda ni bukan satu pencapaian yang membanggakan, malah baru-baru ini terbongkar yang laman porno tersebut telah mengaut untung dengan membenarkan video kanak-kanak dirogol disiarkan untuk tontonan umum.

Bukan tu je, beberapa remaja yang diculik dan dirogol juga berjaya ditemui semula dari video-video di laman tersebut tau! Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca beberapa kes yang berlaku dekat bawah ni.

BUKTI Laman Porno Popular Jadi ‘Lubuk’ Penculik & Perogol Muat Naik Video 

1. Remaja 15 tahun diculik dan hilang selama setahun ditemui semula lepas 58 video dia dirogol dan diseksa ditemui di laman porno

Johnson Bcso

Seorang lelaki dari Florida telah ditahan selepas ibu remaja berusia 15 menemui video lelaki tersebut dengan anaknya yang dah hilang selama setahun sedang melakukan aksi seksual.

Menurut NBC, Christopher Johnson telah ditahan dan didakwa kerana mencabul kanak-kanak bawah 16 tahun. Ketika ditahan, lelaki ini berada di dalam kereta bersama remaja tersebut yang dilaporkan hilang pada Disember 2018 selepas meninggalkan rumahnya pada jam 3 pagi.

Ketika ditemui, remaja tersebut memberitahu yang Christopher telah merakamkan video seksual tersebut menggunakan telefon bimbit gadis ini dan lelaki ini telah merogolnya hingga mengandung sebelum dibawa ke klinik untuk gugurkan kandungan.

Menyedihkan, laman porno tersebut telah mengaut untuk sebanyak 35% dari video-video yang dimuat naik oleh penculik tersebut dan sebenarnya ini bukanlah kes penculikan pertama yang berlaku…

2. Remaja 14 tahun diugut menggunakan pisau dan dirogol selama 12 jam sebelum video dia diseksa dan dirogol dimuat naik ke laman porno

110786188 Rose Reading Sofa976976 Copy

Tahun lepas, seorang ibu anak satu telah menceritakan detik hitam ketika dia diculik dan dirogol semasa dia berusia 14 tahun.

Tinggal di bandar kecil di Ohio, ia telah menjadi rutin biasa untuk Rose jalan seorang diri di kawasan perumahannya sebelum masuk tidur.

Bagaimana pun, pada satu malam, seorang lelaki telah muncul secara tiba-tiba sambil menghunus pisau dan memaksa dia untuk masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta tersebut terdapat seorang lagi lelaki berusia lebih kurang 19 tahun.

Dua lelaki ini telah membawa Rose ke satu rumah dan merogolnya selama 12 jam sementara lelaki ketiga merakam aksi tersebut.

Rose telah dipukul, kaki kirinya ditikam dan bajunya penuh dengan darah. Sepanjang tempoh 12 jam tersebut, Rose telah pitam dan sedar beberapa kali.

Setelah selesai, lelaki-lelaki ini ugut untuk bunuh Rose namun remaja ini berjaya memujuk mereka untuk melepaskan dia dengan berjanji yang dia takkan beritahu sesiapa tentang perkara ini.

Mereka bersetuju sebelum meninggalkan Rose di tepi jalan lebih kurang setengah jam berjalan kaki dari rumahnya.

Ketika pulang ke rumah, remaja ini menceritakan apa yang berlaku kepada ahli keluarganya dan bapanya telah menelefon polis dan membawa dia ke hospital.

110786192 Rose976976C

Beberapa bulan selepas itu, Rose melayari MySpace dan menemui beberapa rakan sekolahnya kongsi link video dari laman porno popular dan bila dia buka, dia temui beberapa video dirinya dirogol dan diseksa.

Membuat keputusan untuk tak beritahu keluarganya, Rose telah dibuli di sekolah selepas video tersebut tular dan kebanyakannya menyalahkan dirinya.

Saya hantar e-mel kepada P**n**b meminta dan merayu supaya video tersebut dipadamkan atas alasan saya bawah umur.”

Namun usahanya ini tak membuahkan hasil dan video-videonya terus dimainkan oleh laman porno tersebut.

Rose kemudiannya mendapat idea untuk membuat e-mel baru dan menyamar menjadi peguam meminta laman porno tersebut memadam video-videonya.

Dalam masa 48 jam, semua video-videonya di laman tersebut hilang.

Menurut BBC, tiga lelaki tersebut telah pun ditahan dan didakwa dengan salah laku terhadap budak bawah umur dan mendapat hukuman ringan selepas peguam perogol-perogol tersebut berjaya yakinkan mahkamah yang Rose rela diperlakukan sedemikian.

3. Ratusan wanita setuju untuk jadi model pakaian renang dipaksa untuk melakukan aksi porno

23085466 0 Image A 34 1578368345055 1

Selama 8 tahun, laman porno popular ini telah membuat segmen khas bertajuk “Girls Do P*rn“.

Menurut The Washington Post, modus operandi penerbit ini adalah dengan mengumpan gadis-gadis muda terutamanya pelajar kolej yang memerlukan duit untuk menjadi model.

Dengan meletakkan iklan di media sosial, gadis-gadis yang telah bersetuju untuk menjadi model akan diterbangkan ke San Diego sebelum diberitahu yang mereka sebenarnya perlu membuat video porno.

Mereka bersetuju untuk sertai video tersebut bila penerbit ini berjanji yang video-video porno tersebut hanya akan dikeluarkan dalam bentuk DVD kepada pengumpul-pengumpul peribadi di luar negara seperti Australia dan New Zealand.

Malangnya, dalam masa beberapa bulan, video gadis-gadis ini mula dimuatnaik di laman porno nombor satu di dunia hingga ada yang dibuang keluarga.

Laman porno itu padam video-video tersebut hanya selepas penerbit-penerbit ini ditahan polis dan didakwa atas kesalahan pemerdagangan seks walaupun sebelum itu dah ramai yang buat aduan ke atas laman tersebut.

4. Justin Lee dipenjara selepas merogol 14 wanita. Laman porno popular kaut untung dari video-video rogolnya.

Justinli Cna 0903 Net

Playboy terkenal di Taiwan, Justin Lee yang juga merupakan waris kepada salah seorang lelaki terkaya di sana telah dijatuhkan hukuman penjara 79 tahun dan 7 bulan atas kesalahan merogol dan membuat video seks tanpa izin ke atas 20 wanita.

Menurut SCMP, Justin telah membawa pulang 14 wanita yang mabuk atau tak sedarkan diri dari kelab malam atau tempat-tempat lain sebelum menyerang mereka secara seksual dan merakamkan aksinya.

Lelaki ini juga telah membawa 6 wanita lain ke rumahnya dan merakamkan aksi seksual mereka menggunakan kamera terlindung. Pihak polis menemui video-video ini di dalam komputer riba dan telefon bimbitnya.

Video-video Justin merogol wanita-wanita ini telah dimuat naik di laman porno terkenal dan mengambil untung dari video-video tersebut.

Setiap minggu, mangsa-mangsa tampil ceritakan kisah mereka diculik, ditipu dan dirogol sebelum video mereka dimuat naik di laman porno no.1 dunia.

Kes-kes dekat atas ni hanyalah beberapa bukti menunjukkan laman web porno ini telah mengaut untung hasil dari video-video mangsa rogol dan culik yang dimuat naik di laman web tersebut.

Setiap minggu, ramai mangsa dari laman web ini telah tampil ke hadapan untuk menceritakan kisah mereka dan meminta laman porno ini memadam video-video tersebut namun kebanyakannya tak dilayan selagi tak melibatkan tindakan undang-undang.

Exzvjp5Wkaa1Mci Down 2

Malahan, laman porno itu juga tak meminta pengesahan umur atau izin kepada sesiapa yang mahu melayari mahu pun memuat naik video ke laman tersebut. Untuk dapat akaun verified di laman web ni pun sangat senang, hanya perlu muat naik gambar sambil pegang kertas tunjuk username. 

Exzvkiowoaatz8S

Ekoran ini, Traffickinghub.com telah membuat petisyen meminta agar laman web porno popular ini dipadamkan dan eksekutif-eksekutifnya didakwa kerana “membantu” dan mengaut untung dari pemerdagangan seks dan pemerkosaan wanita dan kanak-kanak.

Kalau korang rasa benda ni salah dan tak patut berlaku, korang boleh selamatkan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan menandatangani petisyen tersebut di sini dan join hampir dua juta orang yang dah tandatangan.

 

Baca: “Video ni akan hantui saya sampai mati” – 1.5 juta Orang Sign Petisyen Buang 11 Video Porno Mia Khalifa Lepas Dia Menyesal

Screenshot 2020 08 04 At 3.49.10 Pm

Sumber: FOX
Sumber: BBC
Sumber: BBC
Sumber: SCMP