in

“Terbakar pulak muka laki aku” – Rosmah

Jibby 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Terbakar pulak muka laki aku" - Rosmah
Loading
/

Dalam kegembiraan bekas Perdana Menteri menyambut hari kelahirannya yang ke-65 tahun hari ni, Datuk Seri Najib Razak rupanya berdepan saat mencemaskan sewaktu seorang lelaki menyalakan bunga api yang terletak pada kek hari jadinya.

Berlangsung di Parlimen, majlis ini dihadiri oleh isteri tercinta Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa orang ahli Parlimen pembangkang. Sewaktu diminta meniup bunga api di atas kek yang begitu cantik dihias dengan wajahnya, bunga api yang dinyalakan tu tiba-tiba terpercik deras dan hampir menyambar muka Najib. 


Jibby
sumber: sinar

Pun begitu, nasib baik lah ahli Parlimen Pekan tu sempat mengelak daripada terkena percikan tersebut. Melihatkan kejadian tu berlaku di depan mata, Rosmah sempat berpesan kepada tetamu yang menyalakan bunga api tu supaya lebih hati-hati.

Terbakar pulak muka laki aku,” kata Rosmah berseloroh sambil mengusap-usap bahu tetamu yang menyalakan bunga api tu.

22 4
sumber: malaysiakini

Tetamu lelaki tersebut hanya tersenyum mendengar kata-kata Rosmah. Mungkin senyum nervous tu..

Walaupun tak menjangkakan percikan yang tiba-tiba tu, Najib tidak panik malah tergelak besar dengan situasi tu. Lepas tengok video tu, ada seorang netizen tertanya-tanya kalau-kalau percikan tu dah dirancang terlebih dahulu. Ramai juga yang mengambil peluang untuk ucapkan Happy Birthday kat Najib!

Adoi
sumber: twitter
Komen
sumber: twitter

Fuh nasib baik tak kena sambar api muka Najib. Selamat Hari Lahir Datuk Seri!

Nah tengok aksi terkejut Datuk Seri Najib kat sini:

Sumber: Twitter

Baca: Alolo Sweetnya! Rosmah Suap Najib Kek Sempena Hari Jadi di Parlimen

Ok 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.