in

Alolo Sweetnya! Rosmah Suap Najib Kek Sempena Hari Jadi di Parlimen

Najibros

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggal 23 Julai 2018, Datuk Seri Najib Razak kini sudah berusia 65 tahun. Bersempena dengan birthday Najib yang jatuh pada hari ni, bekas PM telah dikejutkan dengan sambutan hari lahir di bangunan Parlimen pagi tadi.


Menurut Astro AWANI, sambutan yang dibuat isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut diraikan oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang yang lain. Antara yang kelihatan ialah Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.

Namun apa yang buat pasangan ni nampak sweetttt sangat ialah apabila Rosmah suap kek ke mulut Najib. Aww tersenyum meleret MP Pekan kita! 

Akhir sambutan hari lahir tu, Rosmah dalam ucapannya berdoa supaya Najib diberikan kesihatan yang baik dan akui yang semua ahli keluarga sangat sayangkan suaminya itu.

“Saya ucapkan semoga beliau sentiasa berjaya dan sihat termasuk untuk keluarga kami kerana beliau ketua keluarga kami.

“Saya nak anda semua tahu yang kami sekeluarga amat menyayangi beliau selain kami tahu bahawa beliau adalah seorang yang jujur dan berada di landasan yang betul,” kata Rosmah.

sumber: astro awani

Semasa sambutan di Parlimen tadi, turut dipertontonkan juga video berkisarkan kehidupan dan kejayaan Najib selama berkecimpung di dalam dunia politik.

Selamat Hari Lahir bekas PM! 

Baca: Ini Sebab Tun M dan Siti Hasmah Couple Favourite Ramai! 

Tun M Hasmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.