in

“Terasa seperti ada di sisi” – Lelaki Ini Sanggup Berhabis Wang Untuk Bina Patung Lilin Mendiang Isteri Di Rumah

Dd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika Shah Jahan membina Taj Mahal untuk Mumtaz Mahal. Bandung Bondowoso pula membina Candi Prambanan buat Roro Jongran. Maka tidak asinglah sebuah monumen itu berdiri megah dan teguh sebagai mahakarya bukti lambang cinta abadi.


Kita mungkin beranggapan bahawa kisah cinta agung tersebut tidak akan berulang lagi pada hari ini. Namun, tiada apa yang mustahil jika cinta itu dianggap sebagai satu rasa yang paling tinggi nilainya dalam kehidupan seseorang.

Di India, seorang lelaki telah membina patung isterinya yang telah meninggal 3 tahun lalu.

D 1

D1 1

Shrinivas Gupta, seorang usahawan di New Delhi sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membina patung silikon isterinya, Madhavi yang telah terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya.

“Terasa seperti ada di sisi”- Gupta

Dia berkata, rumah yang didiaminya sekarang adalah rumah yang diidamkan oleh isterinya. Maka dengan adanya patung tersebut. Dia merasakan dia telah menunaikan hajat dan memenuhi hasrat isterinya itu.

“Rasanya sangat senang apabila isteri saya ada lagi di rumah saya, kerana inilah rumah idamannya”

Berikut adalah video hasil perkongsian Revathi di Twitter.

Perkongsian ini mendapat perhatian orang ramai apabila Shrinivas berkongsi gambar semasa di majlis ‘housewarming’ rumah baharunya. Lapor India.

 

Kalau korang nak ke buat macam ni? Tapi betullah cinta itu boleh dizahirkan dalam pelbagai cara. Kalau korang mampu bagi bunga je pun dah okay. Janji korang saling menghargai pasangan korang.

Baca: “Mendoakanmu adalah caraku mencintaimu” – SEBAK, BCL Kongsi ‘Kelainan’ Sambutan Aidilfitri Tanpa Suami Tercinta

D3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.