Ye, zaman sekarang ni bahaya bukan setakat boleh berlaku di depan mata tetapi juga tanpa kita sedar. Contoh paling dekat, media sosial. Dengan dunia yang berteknologi sekarang macam-macam perkara buruk boleh berlaku di media sosial, termasuklah menjadi bahan lucah kepada manusia jijik macam ni!
“Group Skodeng” di Telegram
Melalui posting yang viral di Twitter, netizen terkejut bila dapat tahu ada individu yang mempromosikan satu channel dinamakan ‘Group Skodeng’ di Telegram. Channel itu dikatakan akan sentiasa update video-video khas ‘skodeng’ di mana kebanyakannya dirakam di tandas awam ketika mangsa sedang membuang air.
Siap ada yuran keahlian!
Bukan tu je, individu tersebut pandai mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang daripada perkara jijik sebegini. Mengikut broadcast mesej yang viral tu, sesiapa yang nak join ‘Group Skodeng ni kena bayar yuran keahlian seumur hidup!
“Tengok taik pun boleh stim ke?!”
Ramai netizen yang baca posting tu terkejut dan pada masa yang sama marah sebab masih ada individu bersifat keji yang tergamak buat perkara jijik sebegini.
Dah lah rakam perempuan dalam tandas, boleh pula minta bayaran untuk keahlian pula tu! Ramai juga kaum wanita yang bertambah takut bila dapat tahu tandas awam pun dah tak selamat untuk pergi lepas ni.
Seriously, korang takde kerja lain ke???? Admin harap siapa yang buat kerja kerja terkutuk ni kena tangkap polis!!!