in

“Bukannya kami rogol sesiapa pun” – Group Telegram KANTOI Banyak Gambar & Video Lucah, Siap Kena Bayar ‘Yuran Langganan’

Telegram

Satu group di Telegram yang dikenali sebagai V2K atau “Vitamin4Testicles” kantoi selama ini mereka berkongsi gambar-gambar serta banyak video wanita. Seorang wanita yang menjadi mangsa telah berkongsi pengalamannya di WORLD OF BUZZ dan menurutnya bukan sekadar perempuan tetapi ahli group itu turut kongsikan video pornografi kanak-kanak tanpa rasa bersalah!

Menurut mangsa, dia dimaklumkan oleh salah seorang rakan teman lelakinya bahawa gambar dia bersama rakan-rakanya telah menjadi viral di dalam group Telegram tersebut. Mereka kemudian meminta group itu untuk padam gambar tersebut namun mereka tidak mempedulikan malah sengaja tularkan lagi demi untuk mendapat lebih banyak ahli group.

Seorang lagi kawannya dikatakan berjaya menyamar dan masuk dalam group Telegram tersebut. Thank God, kawannya itu sempat screenshots perbualan jijik dan memalukan sesama ahli group berkenaan.

Berikut adalah antara perbualan mereka:

Tele1

Tele2

Tele3

 

Mangsa turut berkongsi tentang kandungan-kandungan di dalam group tersebut. Antaranya adalah:

  • Pornografi kanak-kanak (perlu bayar yuran langganan untuk tonton)
  • Rakaman CCTV yang telah digodam (perlu bayar yuran langganan untuk tonton)
  • Video seks
  • Gambar bogel
  • Video seks manusia bersama haiwan
  • Profil Instagram (supaya ahli group boleh cari gambar bogel serta gambar lain-lain untuk dikongsi bersama)

 

“Kenapa kita nak rasa malu?”

Selepas mangsa dedahkan tentang group itu, ahli-ahli mereka terus jadikan gambar rakan mangsa sebagai profile picture dan mula ‘gali’ lebih banyak selfie wanita itu. Bukan itu saja, lebih dahsyat mereka juga dikatakan cuba dapatkan alamat mangsa, media sosial dan gambar-gambar lain.

Mereka turut disuruh untuk ‘tangkap’ orang yang telah hantar screenshot perbualan mereka dan salah seorang ahli malah turut meminta ahli yang lain untuk share gambar dari akaun Instagram mangsa.

Tele4

Tele5

Tele6

Seorang ahli menghantar mesej dalam bahasa Tamil bermaksud,

Kalau mereka tak malu untuk menari dengan pakaian ‘tak sopan’, kenapa kita nak rasa malu untuk ‘enjoy’ tengok mereka di group Telegram kita. Hidup V2K!”

Tele7

Tele8

Salah seorang daripada mereka dengan bangganya berkata isu ini membuatkan mereka dapat ‘free marketing’ dan group berkenaan akan sentiasa ada. Kalau tiba-tiba group itu terpaksa dipadam, mereka akan terus create group baru pula.

Mereka turut mempunyai link dan Instagram ‘backup’ jika sekiranya group terpaksa dibubarkan.

Tele9

Kita jahat sebab tengok gambar-gambar tu? Tapi mereka tak salah pula merakam dan hantar gambar tu?”

 

Polis pun ada dalam group?

Kata mangsa, dia memang mahu buat laporan polis tapi terkejut bila dapat tahu seorang polis didakwa menjadi salah seorang ahli group berkenaan. Bila mangsa laporkan page Instagram itu, Instagram beri maklum balas dan menyatakan group tersebut TIDAK melanggar garis panduan.

Tele10

Difahamkan, mangsa telah buat aduan tentang isu ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut melaporkan group itu di Telegram. Selain itu, seorang pengguna Twitter turut berkongsi screenshot perbualan dan rupa-rupanya ramai pelajar daripada pelbagai universiti ada dalam group tersebut.

Tele11

Bila dapat tahu kegiatan jijik mereka sudah didedahkan kepada orang ramai, salah seorang ahli  selamba memberi respon dengan berkata sekurang-kurangnya mereka tidak merogol sesiapa dan wanita (mangsa-mangsa) patut ‘bersyukur’.

Kita bukannya rogol sesiapa pun. Mereka patut bersyukur.”

Tele12

 

Baca: “Ini memanggil pedo” – Instafamous Buat Telegram Group Untuk Orang Tak Dikenali Sebab Nak Kongsi Gambar Anak Setiap Hari

Feature3 4

Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB