in

“Jijiknya Perangai!”- Bintang Kpop Suarakan Tak Puas Hati Penyebaran Video Grafik Seks Libatkan Gadis Bawah Umur Di Korea

Untitled Design 5

Sebelum ini isu skandal burning sun yang melibatkan artis pop korea Seung Ri dari kumpulan Big Bang telah meremukkan hati kpopper termasuk di Malaysia.

Tahun ini berlaku kes yang hampir sama di Seoul, Korea Selatan.

Dilaporkan sebuah group Telegram yang diberi nama ‘Nth Room’ telah menjadi pusat penyebaran video grafik seks melibatkan gadis bawah umur sehingga mendapat liputan meluas rakyat di negara itu.

 

Ramai selebriti popular Korea bangkit suarakan ketidakpuashatian!

Perkara ini sekaligus telah membangkitkan kemarahan ramai selebriti korea, justeru mereka minta agar rakyat korea mengisi petisyen supaya hukuman berat dijatuhkan pada Cho Joo Bin dan ahli yang terlibat.

Antara yang lantang dalam perkara tersebut ialah Baekhyun dan Chanyeol dari kumpulan E.X.O yang juga telah mengisi petisyen tersebut dan perkara itu telah dikongsikan di Instagram story milik mereka.

Chanyeol And Baekhyun

L.E dari kumpulan EXID turut mengisi petisyen tersebut dan meninggalkan pesana ringkas menunjukkan kemarahannya di social medianya.

Le

Adakah ini masuk akal …? Saya sangat marah la tidak mengambil masa yang lama. Sila log masuk. ” – L.E EXID

Tidak ketinggalan Hyeri dari kumpulan Girl’s Day turut mengisi petisyen itu dan menyatakan dia takut atas tindakan lelaki tersebut.

Hyeri Girls Day

Saya berasa sangat marah, saya rasa takut. Saya benar-benar berharap mereka akan dihukum dengan berat. ” – HyeriGirl’s Day

Ramai lagi selebriti dan artis pop korea telah mengisi petisyen ini termasuk lah Eric Nam, Yoo Seung-woo, Moon Ga-young, Ha Yeon-soo, former Wonder Girls member Hyerim dan 2AM’s Jo Kwon.

Dengan bantuan mereka, kini petisyen tersebut sudah cecah lebih dari 2 juta orang.

Petisyen

Pemilik telegram ‘seks gadis bawah umur’ telah ditangkap!

Dilaporkan pemilik Telegram tersebut bernama Choo Joo Bin telah di berkas dan kini berada dalam siasatan polis, lapor SCMP.

Dikhabarkan seramai 260,000 individu telah membayarnya untuk menyertai kumpulan ini.

 

Choo Jo Bin

 

 

Baca: “Merepek je” – Red Velvet, MAMAMOO Antara 4 Kpop Star Yang Akan Dibubar Tahun Depan?

Annotation 2020 03 31 190923

Sumber: Soompi
Sumber: Soompi
Sumber: Soompi
Sumber: 1.president
Sumber: KpopStarz