in

“Tengok dari jauh ni pun dah rasa meremang” – [Video] Cicak Tokek Panjang 1 Meter Dijual Di Indonesia

Amaran! Mungkin perkongsian ini akan menganggu orang-orang yang ada Herpetophobia (satu fobia terhadap reptilia seperti ular, cicak) akan rasa terganggu bila melihat video ini.

Kenapa? Sebab korang mesti akan rasa gerun apabila menonton video ni.

 

Panjang kira-kira 1 meter

Saiz 1 meter itu sebenarnya dah boleh dianggap satu perkara yang aneh untuk seekor cicak! Ada video tengah viral ni menunjukkan ia mungkin cikak tokek yang paling besar korang pernah tengok.

Apa yang menggerunkan orang-orang yang menghidap Herpetophobia adalah, cicak tokek ni boleh melekat dekat dinding walaupun size dia yang besar.

Bayangkan panjang satu meter tu menggelitat kat dinding rumah.

 

Menurut WORLD OF BUZZ, lokasi dalam video ini di Indonesia dan ia dikatakan mereka ada buat perniagaan haiwan-haiwan macam ni.

Dalam video itu, dilihat ada lelaki cuba terkap cicak tersebut di lantai dan mengukur panjang tokek itu yang dianggarkan dalam 1 meter.

Walaubagaimanapun, kurang pasti tujuan perniagaan tersebut, kalau tak kedai jual haiwan exotic, ada kemungkinan juga nak buat sebagai ‘daging’.

Walau bagaimanapun,  lokasi spesifik tidak dinyatakan dan bagaimana lelaki itu menangkap tokek atau ia membeli atau tidak. Di Facebook, video ini telah meraih 13K perkongsian.

 

Baca : “Nak dapat ramai viewers punya pasal”-Blogger Dengan 15 Ribu Followers Mati Waktu Buat Live ‘Makan’ Lipan Dan Cicak Tokek

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook