in

“Nak dapat ramai viewers punya pasal”-Blogger Dengan 15 Ribu Followers Mati Waktu Buat Live ‘Makan’ Lipan Dan Cicak Tokek

Featured 45

Betul ke orang yang nak cepat femes sekarang ni sanggup buat apa sahaja asal dapat followers atau viewers yang tinggi.

Macam yang berlaku di China ini apabila seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga seorang blogger dengan pengikut seramai 15,000 orang ditemui mati ketika membuat ‘Live’ dia makan serangga beracun.

Difahamkan ketika kejadian, Sun membuat siaran langsung aksi dia memakan Lipan, Mealworms dan Cicak Gecko atau dikenali sebagai Cicak Tokek sambil meneguk alkohol.

Nak dijadikan cerita, Sun sebelum ini telah memperkenalkan satu permainan di mana dia perlu memutarkan roda yang terletak di belakangnya dan kemudiannya perlu memakan atau meminum apa sahaja di tempat jarum roda itu berhenti, memetik Metro.

 

3 14
Sumber: metro. Co

Sun berharap pengikutnya akan bertambah selepas dia memperkenalkan permainan tersebut.

Dilaporkan ketika kejadian, jarum roda tersebut berhenti di bahagian yang tertulis dia perlu memakan serangga beracun diikuti meminum alkohol.

Aksi itu bagaimanapun telah disiarkan secara langsung, malah ketika Sun tidak sedarkan diri pun seluruh pengikutnya di laman itu dalam melihat keadaannya memandangkan ia masih ‘Live’.

Sesi siaran langsung di laman tersebut berakhir kira-kira jam 7.53 malam pada Khamis. Video tersebut bagaimanapun sudah dipadam.

Polis mengesahkan yang Sun tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas selain komputernya masih dalam keadaan ‘live’ dan mereka turut menemui serangga di atas meja.

Sun ditemui tidak sedarkan diri oleh kekasihnya di dalam bilik di Hefei, Wilayah Aunhui China pada Sabtu.

Pihak polis kini masih membuat siasatan untuk mengetahui punca sebenar yang membuat lelaki itu terbunuh.

 

Baca : 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Viet