in

‘Fed-up’ Ramai Asyik Sebut Pasal Tiroid, Leona Perjelas Teguran Netizen Tentang Bentuk Lehernya

leona tak ada tiroid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelagat bersahaja pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona atau lebih mesra dikenali sebagai Leona telah menarik perhatian netizen untuk mengikuti akaun media sosialnya.

Namun baru-baru ini, Leona ada meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir netizen yang kerap menegur bentuk lehernya dan mengaitkan ia dengan penyakit tiroid.


Snapinsta.app 441298716 1118911179434867 6845294862575428348 n 1024

Artikel berkaitan: “Tolong jangan generalise” – Leona Nyatakan Sokongan Terhadap Palestin, Tidak Sependapat Dengan Bapa

Artikel berkaitan: “Bey sobar bey” – Netizen Terhibur Tengok Aksi Leona Atas Pentas, Dah Macam Konsert Dia!

“Saya tak sakit, itu adalah lemak” 

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona memberi amaran bahawa dia akan memberi penjelasan mengenai hal itu sekali sahaja dan berharap netizen di luar sana tidak akan bertanyakan berkenaan hal tersebut kepadanya lagi.

Kata Leona, dia sudah membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil keputusan tersebut mendapati dia bebas daripada penyakit tiroid.

Tak cukup dengan itu, dia juga telah menjalani pemeriksaan ultrasound di bahagian leher bagi memastikan dia tidak menghidapi penyakit berkenaan.

Ini adalah posting terakhir saya bercakap tentang hal ini. Sejujurnya ia adalah privasi saya, tetapi anda semua tetap komen tentang hal itu. 

“Untuk pengetahuan semua, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan, bukan sekali tapi dua kali. Yang pertama saya buat full blood test dan keputusannya clear (tidak menghidap tiroid). 

“Namun anda semua masih bercakap tentang hal itu, jadi saya buat ujian itu sekali lagi. Keputusannya ‘clear’, okey? Dan jika itu tidak cukup, saya juga buat ultrasound dan saiz tiroid saya normal dan kecil saja,” katanya.

@leonathe2nd

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

Tambah Leona lagi, tubuhnya hanya berisi dan tidak sakit seperti yang diperkatakan orang ramai dek kerana bentuk lehernya itu.

Ia cuma lemak, saya tidak sakit. Ia tisu yang sihat. Saya nak juga beritahu yang mata saya tidak tersembul, ia cuma besar. Saya minta maaf sebab mata saya besar. 

“Tolong berhenti komen tentang tiroid saya. Ia sangat annoying sebab anda buat saya risau tentang kesihatan saya, walhal saya tahu saya sihat. 

“Terima kasih sebab prihatin tetapi ia sangat biadap untuk memberi komen mengenai tubuh badan seseorang,” katanya lagi.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan bersimpati dengan nasib Leona yang sering diganggu komen-komen yang menjengkelkan.

komen tiroid

Apa-apapun Leona dah buat full checkup. Syukurlah tak ada apa-apa penyakit berbahaya. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.