in

“Tempat tu dekat-dekat dengan Wuhan” – Baru Balik China, Pengantin Buat Livestream Dari Bilik Kuarantin Untuk Layan Tetamu

Couple Who Visited Wuhan Livestreams Themselves At Their Own Wedding From Quarantine Suite World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari persandingan merupakan hari yang bersejarah buat pasangan yang baru sahaja menempuh kealam perkahwinan, kalau boleh nak semuanya lengkap dan tak nak ada cacat cela walau sikit pun.


Sama juga dengan pasangan dari Singapura ini, walaupun ada satu ‘halangan’ besar yang memaksa mereka untuk tidak bersemuka dengan orang lain namun ia tidak membataskan mereka untuk tetap menjalankan majlis perkahwinan mereka ‘dari jauh’. Lapor World Of Buzz.

 

Baru balik dari Hunan celebrate CNY

Chinapress5

Pasangan mempelai ini baru sahaja pulang dari China dan mereka terpaksa dikuarantinkan selama 14 hari dan tempoh itu telah ‘melanggar’ hari terbesar mereka, iaitu tarikh perkahwinannya.

Jadi, mereka membuat keputusan untuk meneruskan majlis tersebut dengan cara buat live stream ketika majlis sedang berjalan dengan lancar.

Mereka sebelum ini baru sahaja pulang dari kampung halaman pentin lelaki yang terletak di Hunan bagi meraikan tahun baru Cina.

Chinapress4

Wuhan merupakan satu daerah yang terletak di dalam Wilayah Hunan, jadi tempat mereka memang dah dekat sangat dengan lokasi mulanya tersebar coronavirus tu.

Maka, untuk memastikan mereka selamat, mereka tetap menjalankan majlis perkahwinan mereka dan pasangan pengantin ini memeriahkan lagi suasana majlis itu dari jauh melalui livestream.

Chinapress3

Ketika ini kesihatan mereka masih belum boleh dikenalpasti samada mereka terkena jangkitan atau tidak, tapi sebagai langkah awal, mereka duduk sahaja dalam bilik kuarantin.

Keluarga pengantin lelaki juga turut ikut mereka dari Hunan dan mereka juga ingin mengkuarantinkan diri mereka.

Majlis itu tetap mendapat sambutan daripada tetamu yang hadir walaupun tahu keadaan pengantin itu sebagai tanda sokongan moral kepada mereka.

Terima kasih kerana hadir ke majlis perkahwinan kami. Kami minta maaf kerana tidak dapat menikmati detik indah ini secara langsung bersama anda semua, tapi kami amat gembira disini (dalam bilik kuarantin) melihat yang kamu semua hadir”

Hurm, kalau dah sayang apa je halangan mesti boleh dilakukan. 

 

Baca : “Kes terbaru libatkan rakyat Malaysia” – [TERKINI] Lelaki 41 Tahun Berasal Dari Selangor Disahkan Positif Coronavirus

Corona

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.