in

“Tek sar je boleh buat” – Challenge Minum Bubble Tea Guna Payudara Pulak Jadi Trending?

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan terkejut, sekarang ni bukan bubble tea je yang viral tapi cabaran minum bubble tea tanpa pegang guna tangan turut viral. Nama challenge ni “Hands-free Bubble Tea Challenge” yang diinspirasikan dari koleksi ilustrasi oleh Kiseki Himura. Haa, kalau tak pegang guna tangan nak pegang guna apa?


Senang cerita, cabaran baru ni melibatkan perempuan seimbangkan secawan bubble tea di atas payudara mereka dan minum dari situ. Ia dipanggil “hands-free” kerana korang perlu ada payudara yang cukup besar untuk seimbangkan cawan tu sampai tak perlukan tangan pun untuk minum. Patutlah viral!

The New Hands Free Bubble Tea Challenge Is Going Viral Online We Dont Know What To Think World Of Buzz 5 The New Hands Free Bubble Tea Challenge Is Going Viral Online We Dont Know What To Think World Of Buzz

Tapi korang relaks, sebab benda ni belum viral dekat Malaysia lagi. Menurut WORLD OF BUZZ, cabaran ni dapat perhatian di media sosial di Jepun selepas seorang model dari Jepun tweet video pendek dia minum latte dan seimbangkan minuman tersebut di dadanya sambil menaip di laptop. Video ini telah meraih retweet lebih dari 18, 000 dan netizen terus berlumba nak buat perkara yang sama.

Nampak gayanya, tak semua orang boleh buat challenge ni sebab saiz-saiz tertentu je yang berjaya buat macam ni. Pada masa yang sama, ini adalah ‘can’ dorang untuk show off aset tu.

The New Hands Free Bubble Tea Challenge Is Going Viral Online We Dont Know What To Think World Of Buzz 9

Bukan perempuan je yang join challenge ni tau! Lelaki pun ada jugak. Macam seorang abang sado ni yang turut kongsi yang dia pun boleh buat cabaran ni. Hebat!

The New Hands Free Bubble Tea Challenge Is Going Viral Online We Dont Know What To Think World Of Buzz 7

Disebabkan Malaysia ni masih lagi mengekalkan adab sopan, kalau korang nak buat sangat challenge ni, instead of dada gunalah perut ke, lutut ke, kaki ke lagi challenging kot?

 

Baca: “Kau subuh pun tak, nak cakap halal-haram pulak? – Lelaki Ini ‘Sound’ Orang Pasal Isu Bubble Tea

Screenshot 2019 06 18 At 10.46.26 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.