in

“Tegaq sangat kluster kayangan ni”- Tag Kuarantin TAK BOLEH Cabut Sesuka Hati, Tolong Ambil Gambar Pelaku!

Ft 2

Baru-baru ini viral gambar seorang wanita makan di kafe sambil di tangannya memakai tag kuarantin berwarna pink.

Ia mencetuskan kecaman dan kritikan ramai pihak kerana pemakai tag tersebut dilarang sama sekali untuk keluar kerana perlu mengkuarantinkan diri mereka di rumah dalam tempoh yang ditetapkan.

Melihatkan kepada isu yang semakin panas tersebut, PQ Community di facebooknya ada berkongsi mengenai ‘Tag Kuarantin’ tersebut dan apa yang masyarakat boleh lakukan sekiranya ternampak pemakai berada di luar.

Ini adalah contoh TAG yang di pakaikan kepada individu yang berada di dalam tempoh kuarantin (PUS) COVID-19. Tag…

Posted by PQ Community on Isnin, 20 Julai 2020

 

Ini antara perkara penting yang perlu korang tahu.

Tag berwarna pink dipakaikan kepada orang dewasa yang berada dalam tempoh kuarantin (PUS) Covid-19 manakalan warna putih untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun ada negeri yang menggunakan tag berwarna biru untuk lelaki dewasa dan pink bagi wanita dewasa.

Pemakai tag ini TIDAK DIBENARKAN KELUAR DARI RUMAH selama 14 hari atau sehingga tempoh kuarantin tamat.

1 6

Bagaimanapun tidak dinafikan ada antara golongan ini yang ingkar dengan arahan yang telah diberikan dan keluar dalam tempoh mereka perlu kuarantin.

 

Ini antara perkara yang kita sebagai masyarakat boleh lakukan jika ternampak si pemakai tag kuarantin ini

109726384 2332060380434603 5493063895651907853 N

2 6

Untuk pengetahuan korang, pemakai tag ini tertakluk dibawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342).

Sekiranya mereka gagal patuhi syarat-syarat yang ditetapkan, ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 22 akta 342 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didakwa di bawah Seksyen 24 akta 342 yang mana memperuntukkan denda dan juga penjara sehingga 2 tahun.

 

Baca : Please lah jangan menyusahkan orang; Dah Lah Tak Kuarantin, Makcik Selamba Keluar Merayau Pergi Makan Dekat Kafe!

Kkm

Sumber: PQ Community
Sumber: facebook
Sumber: PQ Community