“Taubat tak nak buat dah”- [VIDEO] Tengah Syok Nyanyi Dalam Toilet, Tak Sangka Ada ‘Benda’ Nyanyi Sekali

Tambah ke Sumber Pilihan
“Taubat tak nak buat dah”- [VIDEO] Tengah Syok Nyanyi Dalam Toilet, Tak Sangka Ada ‘Benda’ Nyanyi Sekali

Setiap orang yang balik dari kerja mesti tak sabar nak balik mandi untuk bersihkan diri dan terus berehat selepas penat mencari rezeki. Setiap orang ada tempoh tersendiri nak mandi. Ada yang siap boleh karaoke lagi tau. Memang feeling habis menyanyi dalam tandas, suara tiba-tiba macam Siti Nurhaliza.

Tapi, pernah tak korang tengah syok menyanyi, tiba-tiba ada suara ‘background’ lain pun menyanyi sekali? Jeng jeng jeng…


Suka karaoke dalam tandas 

Menerusi satu perkongsian video oleh Indah Syafyra yang dimuat naik semalam di Tiktok, wanita itu berkongsi kisah waktu dia baru balik kerja pada waktu malam. Dia bercerita yang selepas balik kerja, dia terus mandi untuk bersihkan badan.

“Aku balik kerja jam 8, sampai rumah dalam jam 9 macam tu. Sampai je rumah aku terus masuk mandi.”

Mesra disapa Indah, dia cerita yang dia suka berkaraoke waktu mandi. Kebetulan pada malam itu waktu tengah mandi, dia saja-saja nak record suara dia menyanyi dalam toilet. Konon nak dengar balik lepas habis mandi nanti.

“Saja la record nak dengar balik. Sebab orang kata karaoke dalam toilet ni suara auto sedap.”

Ada suara lain

Bila habis mandi, Indah dengar balik video menyanyi yang dia record dalam toilet tadi. Dia terkejut gila bila dengar ada suara ‘lain’ yang menyanyi sekali dengan dia.

“Hampa dengar tak suara garau ni. Sumpah scary weh.”

KmSumber: Tiktok

Pada mulanya, dia ingat dia terakam video slowmo tapi bila dengar balik, air hujan dalam tandas itu dengar macam biasa sahaja.

“Kenapa air hujan tu dengar macam biasa jaa.. cuma suara tu yang slowmo.”

KkkkSumber: Tiktok

Kucing macam keras pandang ‘sesuatu’

Menerusi video lain yang turut dimuat naik, Indah bercerita yang dia juga ada bawa masuk kucing peliharaan masuk ke tandas waktu dia mandi.

Dia cerita yang waktu dia panggil kucing dia dalam tandas itu, kucing dia yang bernama Comey tak pandang pun dia. Tapi, pandangannya keras macam tengah fokus tengok sesuatu.

“Ingatkan dia pandang cicak ka apa.”

Menyedari kejadian seram itu, Indah berkongsi cerita dengan mak dia siap tunjuk video yang dia record itu. Tapi, mak dia tak percaya dan anggap itu cuma satu ‘prank’.

Indah juga bagi nasihat kepada orang ramai untuk dengar pesan orang tua-tua yang cakap jangan menyanyi dalam bilik air.

“Bila dah terkena dekat diri sendiri, baru hampa tahu nanti.”

Alamak, takut la nak karaoke dalam toilet lepas ni.

Sumber: Indhsyfra_

Baca:[VIDEO] Tiba-Tiba Dibaling Batu Dari Tempat Gelap, Wanita Berani Rekod Video Cari ‘Makhluk Halus’ Yang Kacau

Capture 38

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farahin Fadzil
Lagi tulisan Farahin
Kalau orang ajak berjalan memang tak pernah tolak la sebab memang kaki merayap! Sejenis yang gelak macam orang semput tapi bercakap macam ada microphone dalam mulut. Terlalu obses dengan #independentwoman .

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Taubat tak nak buat dah”- [VIDEO] Tengah Syok Nyanyi Dalam Toilet, Tak Sangka Ada ‘Benda’ Nyanyi Sekali
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/taubat-tak-nak-buat-dah-video-tengah-syok-nyanyi-dalam-toilet-tak-sangka-ada-benda-lain-ikut-sekali/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM