in

Tasik Di Argentina Berubah Jadi Warna Merah Jambu, Nampak Je Cantik Tapi Sebenarnya…

F1 Tasik Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti tenang je kan kalau kita dapat bersantai di tepi tasik sambil berkelah. Kawasan tasik yang dipenuhi dengan pokok-pokok memang akan bantu kita untuk lepaskan stres kan.


Namun, disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab, sebuah tasik di Argentina ini telah bertukar warna menjadi warna merah jambu, lapor India Times.

Tasik Aa 1

Tasik yang terletak di wilayah Patagonia itu difahamkan bertukar warna disebabkan oleh pencemaran bahan kimia yang digunakan untuk mengawet udang yang akan dieksport.

Aktivis alam sekitar menjelaskan bahawa sisa bahan tersebut telah dibuang oleh kilang ikan berdekatan yang turut terlibat dalam pemprosesan udang terbabit.

Namun, kilang tersebut dikatakan telah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib di wilayah itu untuk membuang sisa berkenaan ke sumber air itu. Mereka juga mengatakan air itu akan kembali ke warna asalnya dalam masa beberapa hari dan air berwarna pink itu juga sebenarnya tidak berbahaya.

Tasik Aa 2

Walau bagaimanapun, aktivitis alam sekitar tidak bersetuju dengan cara yang digunakan untuk membuang sisa berkenaan kerana sisa tersebut sepatutnya dirawat terlebih dahulu.

Walaupun pihak berkuasa mengatakan air tersebut tak berbahaya namun penduduk tempatan di situ mendedahkan tasik itu juga ada menyebabkan bau yang tidak menyenangkan berikutan perubahan warnanya.

Untuk pengetahuan semua, bahan pengawet yang digunakan ialah sodium sulfite iaitu sejenis bahan anti bakteria yang digunakan di kilang berkenaan.

Sumber: India Times 

Baca: “Jadi tarikan pelancong la lepas ni”- Misteri! Tasik Di India Bertukar Jadi Pink?

Tasik Aa

Sumber: AFP
Sumber: AFP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.