in

“Ia ganggu ekosistem” – Kongsi Info Tentang Kura-kura ‘Pendatang’, Netizen Terhibur Tengok ‘Ending’ Video

Kura 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai tak tahu sesetengah hidupan dalam air boleh merosakkan ekosistem semulajadi.


Sebagai contoh ikan gergasi air tawar, Arapaima yang berasal dari Sungai Amazon tidak boleh dilepaskan sesuka hati ke dalam sungai ataupun tasik umum kerana ia akan memusnahkan keseluruhan hidupan asal.

 

@abg_ikan6945

Red Ear Slider Turtle Kura-Kura Pendatang yang sangat merbahaya untuk ekosistem!!!! Kura-Kura invasive #fy #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #kura #kurakura #turtle #turtle #tortoise #invasivespecies #kura2 #perosak #jahanam #lake #gila#fishing #pet #petsoftiktok

♬ original sound – Abg Ikan : The Adventure – Abg Ikan : The Adventure

Semalam, seorang pengguna TikTok berkongsi info mengenai seekor haiwan ‘pendatang’ yang juga boleh merosakkan ekosistem iaitu kura-kura jenis Red Ear Slider.

Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, lelaki tersebut sedang menunggu kura-kura Red Ear Slider menghampiri tepi sebuah tasik. Dengan pantas, dia terus menangkap kura-kura tersebut menggunakan sebatang jaring ikan.

Kura-kura bersifat invasif

Setelah berjaya mendapatkan kura-kura itu, dia memberitahu bahawa kura-kura tersebut merupakan spesies invasif yang boleh menyebabkan kerosakan teruk dan berpanjangan kepada habitat asal sesuatu kawasan.

Artikel berkaitan: “Nasib baik tak makan lagi” – Wanita Terkejut Jumpa Katak Dalam Bungkusan Bayam Organik

Artikel berkaitan: “Semua tak boleh makan” – Wanita Kesal Peniaga Tak Jujur, Terkejut Dapat Ikan Dah Busuk

Menurutnya, kura-kura tersebut berasal dari Sungai Amazon dan kebiasaannya orang akan membeli dan membelanya sejak ia masih kecil.

Namun apabila haiwan itu sudah besar dan sukar untuk dijaga, pemilik kura-kura sesuka hati melepaskannya di kawasan awam seperti tasik.

Nampak macam tak ada apa-apa tapi.. ikan kita habis dimakan. Ia mula membiak dan menjadi sangat banyak.

Dia agak kesal dengan perbuatan segelintir orang yang tidak bertanggungjawab melepaskan haiwan tersebut tanpa mengetahui kesan buruk kepada ekosistem.

Laju kura-kura tu lari!

Selepas lelaki itu berkongsi info tersebut, dia meletakkan haiwan itu di atas tanah namun selang beberapa saat, kura-kura itu segera lari dan masuk semula ke dalam tasik.

Allah! Patut tak boleh lepas.. dah terlepas pulak!

Dalam video yang sama, lelaki ini juga memaklumkan lokasi tasik tersebut perlu permit kajian untuk menangkap ikan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet take note dengan info yang dikongsi oleh lelaki ini dan mereka juga terhibur melihat ending video.

Kura 1 Kura 2

First time tengok kura-kura laju!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.