in

“Jadi tarikan pelancong la lepas ni” – Misteri! Tasik Di India Bertukar Jadi Pink?

Featured Image 2 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu kejadian misteri dilaporkan telah berlaku di India. Menerusi Independant, sebuah tasik di India sebelum ini berwarna hijau tiba-tiba bertukar menjadi warna pink.

Tasik Lonar, yang terletak kira-kira 300 batu di sebelah timur Mumbai di negara itu telah menjadi tarikan rakyat, hingga mencetuskan kebingungan pada mereka.


Difahamkan tasik dengan keluasan 3.66 kilometer persegi (77.69 hektar) itu terjadi kerana hentaman dari meteor pada 56,000 tahun dahulu.

Lonar3

Bagi mereka, perubahan warna air ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Tetapi ada yang beranggapan kejadian ini berlaku kerana perubahan kandungan air yang terdedah dengan bakteria. Ini juga berpunca kerana keadaan cuaca yang kering.

Menurut ahli geologi di sana, perubahan warna air ini sebenarnya dah lama berlaku. Cuma ketika itu warnanya masih belum jelas berbanding sekarang.

Selepas air makin berkurangan sebab cuaca, salinity di dalam air ini telah meningkat. Itulah punca mengapa warna pink itu terjadi.

Lonar4

Tidak terlepas juga, para saintis turut mengambil sampel air tersebut untuk di analisis. 

Air yang sangat masin

Menerusi The Times of India, pakar disana turut mengatakan tasik Lonar mempunyai tahap kemasinan yang sangat tinggi. Malah tasik ini juga ada bakteria yang dikenali sebagai halobacteriaceae.

Organisma ini boleh membiak di dalam air yang sangat masin dan ianya akan menghasilkan pigmen merah yang disebut bacteriorhodopsin yang mampu menukarkan cahaya matahari kepada tenaga.

Ketua konservator utama Hutan dan Melghat Tiger Reserve (MTR), menyatakan fenomena ini sama seperti di tasik Umria di Iran. Katanya, air tasik itu boleh kembali pulih jika kadar air kembali meningkat.

Tapi style apa warna pink, baru unik…

 

Baca: Sulur Bidar: Makhluk Misteri di Sungai, Tasik dan Lubuk Paya

Annotation 2020 06 16 153948

Sumber: Independent

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.