Sakit hati kan bila kita sedang memandu, ada pula pemandu lain guna lampu tinggi! Buat sakit mata, silau dan mengganggu pemanduan kita kan? Namun, keadaannya lebih teruk di China kerana walaupun tidak menggunakan lampu tinggi sememangnya lampu kereta di sana sebegitu.
Pemandu di Cina memang dah tak tahan dengan keadaan macam tu, maka mereka menjadi kreatif dengan menampalkan pelekat berupa hantu di cermin belakang kereta untuk menakutkan pemandu lain yang menyalahgunakan lampu kereta.
Menurut Straits Times, gambar-gambar yang mengerikan dan menakutkan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada waktu malam. Namun jika sesebuah kereta menggunakan lampu tinggi, baru gambar seram ini akan kelihatan dengan jelas sekali.
Korang boleh bayangkan macam mana terkejutnya pembuli jalan raya melihat hantu tiba-tiba ada di depan dorang?
Ada pelekat gambar wanita yang menakutkan atau sedang memberi pandangan ‘maut’, ada juga gambar serigala atau tapak tangan yang berdarah. Menariknya, pelekat-pelekat itu ada dijual di Taobao semurah 16 Yuan (RM10) sahaja.
Eh, tapi Lobak Merah tidak menggalakkan anda semua membeli sama sekali ye. Nanti kena saman, tak pun kena penjara. Ooppss!
Polis trafik di Jinan, China juga telah mengeluarkan saman kepada pemandu yang menggunakan pelekat ini di kereta mereka sebanyak 100 Yuan (RM64).
Walaupun ianya membantu untuk menakutkan dan beri sedikit pengajaran kepada pemandu yang menggunakan lampu tinggi sesuka hati, namun ia juga membahayakan pemandu-pemandu yang lain seperti terbabas atau terkena serangan jantung ketika memandu dan meninggal dunia. Boleh jadi jugak kan kalau dah terkejut sangat tu..
Tengok lah.. Siapa je tak terkejut weh kalau tiba-tiba ternampak muka ni depan mata waktu malam!