in

“Takutnya…” – [VIDEO] Penghulu Kampung ‘Sound’ Sekeluarga Sebab Merayau Pakai Gelang Pink Di Pekan

Ft Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negeri Perlis berkemungkinan akan beralih ke Fasa Tiga Plan Pemulihan Negara (PPN) sekitar awal bulan ini. Walau bagaimanapun, rakyat dinasihati untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Negara (KKM) supaya wabak Covid-19 tidak merebak.


Namun, masih ada lagi rakyat yang berdegil kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Ada yang pakai gelang pink merayau-rayau sesuka hati mereka dan ada juga yang tidak memakai topeng pelitup muka di kawasan orang ramai.

Dalam perkongsian @izzat.f.razi, dia telah memuat naik video di Tiktoknya yang menunjukkan seorang Penghulu Kampung di Perlis sedang memarahi sekeluarga kerana tidak mematuhi SOP.

@izzat.f.razi

PadangBesarPenghulu Kampung naik Hangin, Keluarga Pemakai Gelang Pink x reti dok Rumah suka merayau² ke Pekan.Penghulu kasi basuh kaw².

♬ original sound – Izzat F.Razi – Izzat F.Razi

“Memang tak patut”

Apa yang keluarga itu buat memang tidak boleh diterima dan telah mengundang kemarahan penduduk setempat. Mereka sepatutnya menjalani kuarantin di rumah tapi mereka masih berdegil merayau-rayau di kawasan pekan kampung itu dengan memakai gelang pink.

Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu yang mempunyai kontak rapat dengan yang bergejala atau positif. Mereka yang memakai gelang tersebut haruslah menjalani kuarantin selama 14 hari mengikut arahan doktor.

“Garangnya…”

Berita itu telah sampai ke telinga Penghulu Kampung Padang Besar. Dalam video itu, dia telah ‘sound’ keluarga tersebut dengan nada yang tinggi dan tegas. Sekeluarga itu hanya mampu berdiri di depan pintu rumah sambil diam sahaja tanda mengaku salah.Seramnya…

Video yang dimuat naik semalam itu telah mendapat hampir dua juta tontonan di Tiktok. Kebanyakan netizen kagum dengan tindakan penghulu itu dan menyifatkan dia sebagai ketua yang bertanggungjawab.

Komen Marah

Bagi yang memakai gelang kuarantin tak kira la gelang warna pink ke warna hijau ke, korang kena ikut arahan yang ditetapkan supaya kes Covid-19 berakhir.

Cakap elok-elok pun taknak dengar, kan dah kena setepek.

Baca: “Perlu pakai bantuan oksigen” -Paras Oksigen Menurun Eina Azman Mohon Doakan Suami Dijangkiti Covid-19

Collage 4 E1630568950674

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.