in

“Takut…takut…” – Kena Perkosa Dengan Saudara, Satu Family Tinggalkan Mangsa Usia 12 Tahun Beranak Sendirian

Perkosa Saudara

Baru-baru ini, seorang bapa berusia 41 tahun ditahan selepas didakwa memperkosa anak sulungnya berusia 12 tahun di sebuah rumah dekat Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kegiatan itu terbongkar selepas mangsa dilaporkan tiba-tiba muntah-muntah ketika sedang menjawab salah satu kertas UPSR. Selepas dibawa ke hospital, doktor mengesahkan mangsa mengandung 7 minggu.

Rogol
sumber: berita harian

Lepas kes ini viral dekat Twitter, seorang netizen terpanggil untuk berkongsi kisah pengalaman berdepan dengan mangsa rogol ketika mahu melahirkan.

 

“Takut…takut…”

Kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu memberitahu dia takut untuk hadapi saat melahirkan apatah lagi kesakitan yang terpaksa ditahan. Bukan itu sahaja, disebabkan usia yang terlalu muda, mangsa turut hadapi komplikasi ketika nak melahirkan.

Takut…takut…”

Tidak dinyatakan apakah pekerjaan netizen itu tetapi selepas mendengar apa dikatakan mangsa, dia terus keluar dari labor room sebab terlalu sebak.

Bersalin
gambar hiasan

 

Diperkosa saudara, ditinggalkan keluarga

Lebih menyedihkan, dia sebenarnya diperkosa saudaranya sendiri dan seluruh keluarga terus tinggalkan dia sampai saat untuk melahirkan.

Bayangkan baru darjah 6, langsung tak tahu apa-apa tentang komplikasi dan melahirkan anak tetapi terpaksa lalui dan hadap seorang diri kerana ditinggalkan keluarga.

Diperkosa
gambar hiasan

Padahal dia adalah mangsa rogol, sepatutnya keluarga ada di sisi untuk beri sokongan dan sentiasa tenangkan dia. Disebabkan itu, netizen ini terlalu sakit hati dengan golongan pedofilia.

Salah satu sebab kenapa saya benci sangat dengan pedofilia. Saya harap mereka mati perlahan-lahan dalam keadaan terseksa.”

 

Tak insaf pun

Ramai netizen yang simpati dan turut bengang dengan golongan pedofilia. Ada juga kongsi pasal kisah perangai pedofilia yang tak insaf pun walaupun dah masuk penjara.

Penat penat bela, takkan nak bagi orang lain rasa.”

 

“Pedo ni layak kena bakar hidup-hidup”

Kata mereka, seeloknya golongan pedofilia macam ni yang didapati bersalah diberi hukuman lebih teruk dan di hadapan khalayak ramai sebagai pengajaran untuk pedofilia yang lain.

Hukum Pedo
sumber: twitter

 

Baca: “Tenatnya masyarakat kita hari ini” – Tengah Jawab UPSR, Pelajar Muntah-Muntah, Rupanya Kantoi Bapa Dia…

Bapa Durjana