in

“Tenatnya masyarakat kita hari ini” – Tengah Jawab UPSR, Pelajar Muntah-Muntah, Rupanya Kantoi Bapa Dia…

Bapa Durjana

Seorang pelajar perempuan Tahun 6 dilaporkan tiba-tiba mengalami muntah-muntah ketika sedang menjawab salah satu kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurut Awani, kejadian itu berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu dan ianya berjaya membongkar perbuatan keji bapanya berusia 41 tahun.

Upsr1
gambar hiasan

Selepas mendapatkan rawatan, mangsa disahkan mengandung tujuh minggu dan rupa-rupanya kantoi bapa durjana itu telah merogol mangsa di sebuah rumah dekat Kampung Chabang Tiga.

Tertuduh yang mempunyai 4 anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 2 pertuduhan merogol dibacakan depan Hakim Nooriah Osman dekat Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan merogol mangsa yang juga anak sulungnya pada Julai hingga Ogos antara jam 3 hingga 4 pagi.

Dia juga didakwa mengulangi perbuatan itu di lokasi dan waktu yang sama pada 17 Ogos lepas. Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabit bersalah.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 25 Oktober depan sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Rogol Anak1
sumber: awani

Berita ini mendapat perhatian Aktivis Syed Azmi dan menurutnya ada beberapa perkara masyarakat semua boleh ambil pengajaran daripada kes ini. 

  1. Seorang gadis boleh mengandung bila sudah mula datang bulan. Ramai tak tahu.
  2. Pentingnya Modul Keselamatan Diri, Sex Education, Relationship, Feelings dan Changes dan macam-macam lagi.
  3. (Dalam kes sebegini) yang bersalah adalah perogol BUKAN anak.
  4. Mengandung cuma satu insiden yang berlaku. Merogol, mencabul, grooming semua ini juga perlu dilihat (dengan lebih mendalam). Lagi lama buat, lagi lama budak (mangsa) simpan rahsia.

Bapa jenis apa ni? Jijik betul!

Baca: “Ni bapak jenis pemalas taknak kerja!” – Viral Pasal 2 Beranak Pergi IJN Dari Terengganu Naik Motor, Rupanya…

Tipu Orang