in

“Takpe…sekali seumur hidup”- Netizen Debat Isu Kenduri Kahwin Secara Besar-Besaran

Fi Spend 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercerita tentang kahwin, mesti semua boleh bayangkan betapa meriahnya kenduri kahwin dengan ramainya tetamu yang datang, bunyi paluan kompang, nasi minyak, dan pelamin tersergam indah. Best kan?


Tapi, semua tu akan terganggu bila korang kena fikir kos yang perlu korang keluarkan untuk realisasikan ‘kemeriahan’ kenduri tu nanti. Bukan itu je, stress korang akan bertambah bila banyak kepala nak masuk campur untuk majlis tu. Mak nak buat macam ni, ayah nak menu macam tu, dan masa tu lah tiba-tiba sedara mara korang jadi extra ramai! Fuhh penat!

Baru-baru ini, ramai yang berdebat tentang keperluan pasangan pengantin untuk adakan majlis kenduri kahwin secara besar-besaran. Macam-macam pendapat yang diberikan oleh para netizen bila sentuh isu ni di laman sosial!

“‘Minimise’ kos kenduri kahwin, simpan untuk masa depan”

Melalui satu perkongsian daripada @magmalaya di laman Twitter, dia berpendapat untuk meminimumkan kos kenduri kahwin itu sendiri. Baginya, bab perkahwinan ini mudah je sebenarnya. Cukup asalkan kita mengikut syarak yang ditetapkan dalam agama (Islam). Duit yang selebihnya tu boleh disimpan untuk perbelanjaan lain.

“Perkahwinan sebenarnya ‘pelaburan’ jangka panjang”

Jika difikirkan semula, tanggungjawab seseorang itu akan mula bertambah selepas mereka berkahwin. Seperti perkongsian seorang netizen ini, dia juga mengingatkan agar para bakal pengantin untuk berfikir panjang sebelum membuat pilihan untuk adakan kenduri secara besar-besaran.

Fk4Tkpwacaenfab

Perkongsian berkaitan yuran tadika yang perlu dibelanjakan tersebut membuat segelintir netizen untuk berfikir dua kali nak belanjakan wang yang banyak semata-mata kenduri yang mungkin hanya sekali seumur hidup itu.

Tapi kalau korang dah ada saving lain yang lebih, jadi takde masalah nak spend lebih untuk kenduri kahwin…

“Kenduri je masa yang ada untuk keluarga berkumpul”

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang berpendapat kenduri secara besar-besaran ini adalah bertujuan untuk berkumpul beramai-ramai bersama keluarga. Kalau bukan waktu kenduri, bila lagi kan?

Komen Spent 2

Namun, ada juga netizen yang bersifat neutral. Kalau ada duit lebih, belanja lebih, dan kalau saving sikit, buat mana yang mampu pun sebenarnya dah memadai.

Komen Spent 3

Min pun setuju untuk ikut kemampuan masing-masing. Tak salah pun spend lebih untuk kenduri kahwin, asalkan ikut kemampuan dan tak membazir…

Baca: Jangan Ambil Mudah Financial Lepas Kahwin, Lelaki Saran Pasangan Ada 4 Jenis Akaun Simpanan

Baca Spent

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.