Kebelakangan ni, min perasan kat timeline min tu kerap juga isu-isu berkait dengan perkahwinan ni jadi perdebatan. Bukan tu je, siap ada yang kongsi lagi pengalaman, nasihat diorang sendiri.
Macam satu tweet yang lalu kat timeline min baru-baru ni, menerusi pemilik akaun @M_Hafizzuddin_, dia menyatakan bahawa soalan-soalan cliche dari bakal isteri kepada bakal suami.
Bila Bakal isteri tanya tentang gaji, ada orang kata:
"Jangan tanya gaji orang tak baik"
Kita selalu dapat jawapan begitu, nak jadi suami kot. Takkan gaji calon suami pun tak boleh tahu.
Betul lah kata tweet ni, financial kena stabil dulu. pic.twitter.com/F6wHzQuLhK
— Mohd Hafizzuddin ?? (@M_Hafizzuddin_) February 7, 2022
Soalan yang sering dihalang untuk ditanya adalah seperti, ‘Berapa gaji sebulan?’. Bagi pemilik akaun itu, dia menyifatkan bahawa ianya adalah satu keperluan demi memastikan kestabilan kewangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Jika dah kahwin, sebaiknya ada 4 jenis akaun”
Disebabkan isu mengenai kehidupan selepas berkahwin ini semakin hari semakin menjadi buah mulut orang ramai, lelaki ini menyarankan agar pasangan suami isteri untuk mempunyai empat jenis akaun simpanan yang berbeza untuk memudahkan hal kewangan dalam keluarga.
1. Akaun yang menguruskan belanja rumah tangga
Untuk akaun yang pertama, ianya amat penting untuk mempunyai satu akaun khas yang menguruskan hal-hal perbelanjaan rumah tangga seperti barang keperluan di dapur, bil elektrik, bil air dan sebagainya.
“Suami perlu sedar tanggujawabnya, duit isteri bukan duit suami. Duit isteri, tetap duit isteri. Jika faham agama kita jelas bab ini.”
2. Akaun simpanan bersama
Menurut perkongsian di bahagian thread milik lelaki ini, dia menyarankan agar setiap orang iaitu suami dan juga isteri untuk wajib simpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan mereka ke dalam tabung ini.
Ujarnya lagi, untuk mengeluarkan amaun dari akaun ini, mereka haruslah mendapatkan persetujuan bersama agar penggunaannya masih dapat dikawal.
3. Akaun belanja sang suami
Bagi akaun ketiga pula, akaun sendiri bagi si suami. Akaun ini merupakan akaun sepenuhnya milik si suami untuk segala perbelanjaan buat dirinya dan isteri tidak boleh untuk meminta sesuka hati wang dari akaun ini tanpa izin dan persetujuan suami.
4. Akaun belanja buat isteri
Sama seperti akaun untuk suami, isteri juga akan mempunyai akaun sendiri miliknya untuk digunakan sebagai perbelanjaan buat dirinya sendiri.
Di hujung thread itu juga, lelaki ini mengatakan bahawa perkahwinan sememangnya pembuka pintu rezeki namun sebagai pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, pelbagai aspek penting yang perlu diutamakan terutamanya dari segi kewangan.
Apa-apa pun, perbincangan bersama dalam apa-apa perkara tu memang sangat penting. Communication is the key. Haa, gitchuuu!
Baca: Pendapatan Isteri Lebih Tinggi Punca Suami Stress? Ramai Netizen Tak Setuju ‘Kajian’ Ini